MAMA

MAMA
MULA TAYANGAN: 17 Jan 2013
GENRE:Horror / Thriller
DURASI: 100 minutes
PENGARAH:Andy Muschietti
PELAKON:Jessica Chastain, Nikolaj Coster-Waldau, Megan Charpentier, Isabelle Nelisse



SINOPSIS MAMA
Lima tahun selepas kematian ayah mereka, Jeffrey (Nikolaj Coster-Waldau), Victoria (Megan Charpentier) dan Lilly (Isabelle Nelisse) dijumpai di dalam sebuah kabin terbiar di hutan.

Risau akan tingkah-laku mereka yang seperti haiwan, pihak berkuasa kemudiannya bertindak meletakkan mereka ke dalam klinik kebajikan di bawah jagaan Dr. Gerald Dreyfuss (Daniel Kash),


Dr. Gerald Dreyfuss kemudiannya memberi sokongan kepada hak penjagaan yang dituntut oleh adik Jeffrey, Lucas, (Coster-Waldau) dan teman wanitanya, Annabel (Jessica Chastain), dengan syarat mereka berempat menetap di sebuah rumah yang ditaja oleh klinik tersebut untuk membolehkan Dr. Dreyfuss membuat kajian terperinci.

Keadaan di rumah tersebut tidak lari daripada beberapa peristiwa pelik yang sentiasa berlaku, lantas menyebabkan kisah ‘Mama’ terdedah kepada mereka yang rapat dengan kanak-kanak tersebut; iaitu sesuatu makhluk misteri yang bukan hanya teman imaginasi Victoria dan Lilly.