THE LAST STAND (2013)

THE LAST STAND (2013)
PENGARAH: Jee-woon Kim
GENRE: Jenayah, Aksi, Seram
DURASI: 107 min
MULA TAYANGAN: 17 Jan 2013
ULASAN : rotikaya.com



SINOPSIS THE LAST STAND (2013)
The Last Stand (2013) ialah sebuah filem aksi dark comedy yang menjadi filem Hollywood sulung arahan pengarah Kim Ji-woon dari Korea Selatan yang terkenal dengan arahan filem The Good, the Bad, the Weird (2008) dan I Saw the Devil (2010).


Filem ini juga merupakan comeback lakonan Arnold Schwarzenegger sebagai Sheriff Ray Owens, mengimbas semula aksi beliau yang ‘keras, kental, kematu dengan dialog yang bersahaja tetapi macho’.

Filem ini bermula dengan tenang di sebuah pekan kecil rekaan fiksyen untuk filem ini yang bernama Sommerton Junction, Arizona. Ia merupakan laluan terdekat ke Mexico yang dipisahkan oleh sebuah gaung dan jurang sahaja. Di situ, Owens iaitu bekas polis anti narkotik di Los Angeles, kini bertugas sebagai Sheriff yang menjaga keamanan asas penduduk tanpa masalah jenayah besar-besaran.

Owens dibantu oleh beberapa orang lagi polis yang muda remaja iaitu Deputy Jerry Bailey (Zach Gilford) dan Deputy Sarah Torrance (Jaimie Alexander) serta Deputy Mike Figuerola (Luis Guzmán) yang juga sudah polis veteran seperti Owens. Diperkenalkan juga watak-watak tambahan iaitu Lewis Dinkum (Johnny Knoxville) seorang pengumpul koleksi senjata api antik dan Frank Martinez (Rodrigo Santoro) bekas tentera yang kini menjadi pemabuk.

Penceritaan awal filem di pekan itu sangat santai dimana suntingan muzik latar sangat minima dengan hanya merakam bunyi persekitaran di lokasi yang damai dan tenteram. Kemudiannya filem ini memperkenalkan konflik yang bakal melanda Sommerton Junction iaitu seorang ketua pengedaran dadah, Gabriel Cortez (Eduardo Noriega) telah berjaya melepaskan diri dari tahanan FBI di Las Vegas. Lantas Cortez diburu oleh pasukan polis yang diketuai oleh Agent John Bannister (Forest Whitaker) sebelum dia berjaya menyeberang ke Mexico.- rotikaya.com