A GOOD DAY TO DIE HARD (2013)




A GOOD DAY TO DIE HARD (2013)
PENGARAH: John Moore
GENRE: Action, Crime, Horror
MULA TAYANGAN: 07 Feb 2013



SINOPSIS A GOOD DAY TO DIE HARD (2013)
Yuri Komarov (Sebastian Koch) seorang banduan tahanan politik yang akan dibicarakan atas jenayah berkaitan Tragedi Chernobyl. Di mahkamah, Komarov akan membongkar senarai nama orang kenamaan yang terbabit dengan jenayah itu yang disimpan secara rahsia di suatu tempat di Rusia. Sementara itu, Chagarin (Sergei Kolesnikov) seorang pegawai tinggi kerajaan cuba mendapatkan senarai itu dari Komarov dengan cara halus atau paksaan.





Waktu yang sama, John “Jack” McClane, Jr (Jai Courtney) iaitu anak sulung John McClane yang sedang dalam misi melarikan Komarov untuk dibawa ke Amerika bagi mendapatkan senarai itu juga. John pergi ke Rusia hanya hendak mencari Jack yang dilaporkan ‘hilang’ tanpa mengetahui bahawa anaknya itu ialah seorang Ejen CIA rupanya. Apakah yang berlaku seterusnya, anda saksikan sendiri di pawagam tempatan sekarang!