BIAR WAKTU MENJEMPUTMU (TVi)

BIAR WAKTU MENJEMPUTMU (TVi)
TARIKH: 9 Februari 2013
MASA: 12.00 tengah hari.
PELAKON: pelakon Soosan Hoh, Norisz Ismail dan Marlin Malalin, Memey Suhaiza




SINOPSIS BIAR WAKTU MENJEMPUTMU (TVi)
mengisahkan tentang dua puluh tahun yang lalu seorang bayi perempuan yang berketurunan Cina telah diserahkan kepada satu keluarga Melayu disebuah perkampungan nelayan yang sememangnya mengharapkan cahaya mata.

Bayi yang sejak kecil telah didik dalam pendidikan agama Islam terus membesar sebagai Nur Nafisah. Kehadiran Nur Nafisah mengubah kehidupan Mokhtar dan Siantan yang kini telah menjadi pengekport ikan bilis ke serata Malaysia dan negara Asia yang lain. Nur Nafisah mewarisi keturunan Cina yang bijak berurus niaga. Kedua ibu bapa angkatnya tidak pernah menghalang Nur Nafisah untuk mencari ibu kandungnya. Nur Nafisah sebenarnya dalam diam telah mengetahui siapa dan dimana ibunya kandungnya berada. Namun segalanya dirahsikan semata-mata mahu menjaga hati keluarga angkatnya.

Cuma menjadi misteri kepada Nur Nafisah setiap kali dia hadir kerumah ibunya yang bernama Sew Lam dia tak pernah berjumpa, walaupun dia tunggu dari pagi hingga ke malam. Sew Lam tak muncul-muncul dirumah itu seolah-olah dia menyembunyikan diri dari bertemu anaknya itu.



Setiap tahun pada setiap hari sambutan Tahun Baru Cina, Pasti Nur Nafisah menghadiahkan cheongsam dan duit raya walaupun dia belum berkahwin. Setiap kali itu jugalah dia tak berpeluang bertemu ibunya dan hadiah itu dia tinggalkan di hadapan pintu rumah dengan sekeping nota dan kad ucapan.

Di tempat kerja, Nur Nafisah terlalu baik dengan seorang wanita Cina tua yang dikenali sebagai Auntie May. Auntie May wajahnya cacat dimuka akibat terkena simbahan asid dizaman mudanya. Mohtar dan Siantan ambil May bekerja 4 tahun yang lalu atas dasar simpati walaupun mereka tahu May uzur dan tak berdaya nak bekerja berat. Hati Siantan sebak setiap kali melihat Nur Nafisah bergurau senda dengan May, seolah-olah mereka tak ubah bagaikan anak beranak.



Setiap kali Tahun Baru Cina bakal menjelang, Nur Nafisah akan meluahkan rasa hatinya kepada May. Nur Nafisah ingin tahu sangat bagaimana sambutan Tahun Baru Cina disambut oleh May. May sering menceritakan kemeriahnya menyambut Tahun Baru Cina dengan anak tunggal perempuannya yang setiap kali Tahun Baru Cina pasti menghadiahkannya baju dan menghulurkan angpau, tetapi bila Nur Nafisah tanya siapa anak tunggalnya itu, May mula sebak kerana anaknya terpaksa ikut suaminya berhijrah ke Hong Kong.

May berbohong dia bekerja di situ sekadar bagi mengisi masa lapang tetapi hakikatnya May perlukan duit bagi menyara hidupnya. Hakikatnya anak May telah hilang dan dipercayai telah mati. Melalui May jugalah Nur Nafisah mendapat tahu dimana Sew Lam tinggal. May kononnya kebetulan tinggal berhampiran dengan rumah Siw Lam.



Tahun Baru Cina kali ini, Sew Lim ternanti-nanti hadiah dari Nur Nafisah yang telah 3 tahun dia terima sebelum ini. Tetapi malangnya tahun ini Sew Lim tidak menerima hadiah itu dan mula merasa sedih lalu membuat andaian anaknya itu dah bosan dan tak akan datang lagi. Dia menyesal kerana menyembunyikan diri tak nak bertemu dengan anaknya itu.

Sew Lim mula risau, kerana dia sebenarnya telah tahu yang Nur Nafisah mengalami barah yang akan menemui maut dalam masa terdekat. Sew Lim nekad tak mahu berahsia lagi.

Pada pagi raya, Sew Lam muncul di rumah banglo Mokhtar. Nur Nafisah terlantar di katil dalam keadaan nazak. Nur Nafisah masih kecewa yang dia lihat dihujung katil bukan Sew Lam yang dia harapkan tetapi May yang berdiri dihadapannya. May yang menangis mula mengaku yang Sew Lam adalah May. May hanya watak rekaan Sew Lam semata-mata. Untuk membuktikan segalanya, Sew Lam menunjukkan 3 helai baju cheong sam dan 3 sampul angpow yang masih disimpannya.

Sew Lam yang berwajah buruk itu menceritakan segalanya, dia terpaksa menyerahkan Nur Nafisah kepada Mohtar dan Siantan kerana dia dapat tahu yang suaminya(bapa Nur Nafisah) mahu menjual Nur Nafisah kepada sendiket setelah kalah judi dengan teruk sekali. Suami Sew Lam yang mengamuk telah menyimbah asid kemuka Sew Lam sehingga menyebabkannya mengalami kecacatan kekal.

Mohktar dan Siantan terkejut, rupa-rupanya May adalah Sew Lam. Senyuman Mokhtar dan Siantan menghairankan Sew Lam, anak nak mati tapi masih nak senyum. Apakah rahsia yang disembunyikan mereka? Adakah Nur Nafisah benar-benar sakit? Saksikan kesudahannya dalam Biar Waktu Menjemputmu di TVi.