BIG TIME RUSH (TV2)

BIG TIME RUSH (TV2)
MULAI: 3 Februari 2013,
HARI: setiap Ahad,
MASA: 4.30 petang
PELAKON: Carlos Pena (Carlos Garcia), Kendall Schmidt (Kendall Knight), Logan Henderson (Logan Mitchell), James Maslow (James Diamond)





SINOPSIS BIG TIME RUSH (TV2)
Siri remaja yang menggabungkan elemen komedi, kekeluargaan dan muzik ini mengetengahkan plot cerita empat remaja bersahabat baik Kendall, Carlos, James dan Logan yang berhijrah dari tempat tinggal mereka di Minneapolis ke Los Angeles. Dengan harapan mahu mengukir nama dalam bidang seni, mereka bertiga menyahut cabaran Kendall yang terlebih dahulu berjaya dikesan bakatnya oleh komposer, Gustavo Rocque.


Peluang yang mungkin hadir cuma sekali seumur hidup itu diberikan oleh komposer muzik terkenal membuatkan mereka nekad meskipun berdepan cabaran yang bukan sedikit daripada teman-teman dan situasi baru yang memerlukan mereka cuba menyesuaikan diri. Apatahlagi pada masa sama mereka perlu benar-benar meyakinkan syarikat rakaman dan orang-orang yang bakal terlibat dalam pembikinan album bahawa mereka telah bersedia menjadi artis rakaman dan serius memilih artis sebagai kerjaya mereka.

Dengan latarbelakang yang berbeza dimana Kendall, seorang penyanyi berbakat bersetuju menyertai tiga rakannya yang lain bergabung sebagai sebuah kumpulan asalkan dapat bersama-sama mereka berhijrah ke LA. Dia turut ditemani oleh ibu dan adiknya ke California.


Carlos pula melihat perjalanannya sebagai pemuzik umpama jalan yang terbentang luas bersama teman-teman baiknya manakala James yang memiliki impian besar dan keyakinan yang tinggi terhadap potensi mereka menjadi pendorong kepada teman-temannya saat berdepan situasi sukar. Seorang lagi teman mereka, Logan pula yang paling kerap bersuara dan miliki buah fikiran yang banyak menggunakan akal tajamnya untuk membimbing temannya yang lain daripada melakukan kesilapan.

Bersama cita-cita dan harapan menggunung menjadi artis, dapatkah mereka mencapai impian yang diinginkan bergelar artis popular? Saksikan babak-babak menarik menghiburkan ini hanya di TV2.