LUCKY BOWL 2 (NTV7)

LUCKY BOWL 2 (NTV7)
TARIKH: 11 Februari 2013
PELAKON: Adrian Tan, Karena Teo, Leslie Chai, Debbie Goh, Frederick Lee, Lim Ching Miau, Ong Ai Leng, Aenie Wong, Jack Yap, Jan Chin, Kyo Chen, dan Lawrence Wong.








SINOPSIS LUCKY BOWL 2 (NTV7)
Di dalam bahagian kedua telemovie itu, jalan cerita diteruskan dan ditumpukan kepada sepasang pasangan dewa yang sedang bercinta – Jiang Lang (Leslie Chai) dan Meng Po (Ong Ai Leng) – yang tinggal di sebuah pondok gunung di syurga. Jiang Lang merupakan penulis beribu kisah rakyat termasuklah kisah “Lucky Bowl” yang melibatkan Tang Tang, Ah Hun dan adik-beradik Ke.

Ketika malam Tahun Baru Cina, adik perempuan Meng Po, Meng Xiao Mei (lakonan Jan Chin) membacakan kisah sambungan “Lucky Bowl” kepada Jiang Lang dan terperanjat mengetahui kisah itu ditulis tanpa kebenarannya. Marah dengan tindakan adik iparnya itu, Jiang Lang mengubah penamat cerita itu. Jiang Lang menetapkan Ah Hun mati dilanggar kereta dan mati di tempat kejadian. Baginya, kesudahan cerita itu sesuai dengan peraturan kisah rakyatnya – karma – apa yang berlaku pasti akan dibalas semula dengan setimpalnya. Dalam masa yang sama, Xiao Mei yang gagal menghentikan perubahan itu melihat watak protaganisya sedang menemui pengakhiran hidupnya.

Sementara itu, Ah Hun yang sebenarnya merupakan salah satu watak dalam cerita rakyat itu terpaksa meneruskan kisah hidupnya seperti yang ditulis Jiang Lang dan Xiao Mei. Takdir menemukan Ah Hun dan seekor tikus emas yang boleh berkata-kata, Jin Shu (Karena Teo) yang mengubah hidupnya. Ah Hun kini mengetahui kisah hidupnya dicipta dari dunia dewa. Tidak rela hidupnya dikawal, Ah Hun memasuki dunia dewa dan cuba merampas halaman yang terdapat di dalam buku tersebut yang mengandungi hayat hidupnya. Dalam cubaannya untuk mengoyakkkan halaman buku itu, Jin Shu menyedari bahawa tindakannya akan memusnahkan segalanya dan membunuh kesemua watak yang berada di dalam buku tersebut.

Ah Hun yang berkeras untuk mengawal sendiri hidupnya berazam untuk meneruskan takdir dan nasib di dalam tangannya sendiri. Dengan keputusan yang di ambilnya. Apakah yang bakal terjadi kepada Ah Hun dan watak-watak yang lain?