LUCKY BOWL (NTV7)

LUCKY BOWL (NTV7)
TARIKH: 10 Februari 2013
PELAKON: Adrian Tan, Karena Teo, Leslie Chai, Debbie Goh, Frederick Lee, Lim Ching Miau, Ong Ai Leng, Aenie Wong, Jack Yap, Jan Chin, Kyo Chen, dan Lawrence Wong.







SINOPSIS LUCKY BOWL (NTV7)
Kisah bermula dengan watak Shen Tang Tang lakonan Debbie Goh, seorang tuan tanah wanita yang mementingkan diri dan kedekut dan memiliki sebuah pangsapuri yang disewakannya kepada Ah Hun (Adrian Tan) yang tinggal bersama ayahnya. Tang Tang amat bertuah kerana memiliki mangkuk bertuah ajaib yang diwarisi oleh nenek moyangnya di mana setiap apa yang diletakkan di dalam mangkuk itu akan berganda. Tidak menyedari akan keajaiban mangkuk itu, Tang Tang tidak mengendahkan mangkuk yang dianggapnya sudah berkarat dan menjualnya kepada ayah Ah Hun – Pak Cik Lao Tao – yang merupakan seorang pengutip sampah.

Pada suatu hari, Ah Hun dipecat dan kegagalan mereka melunaskan duit sewa menyebabkan mereka diusir keluar oleh Tang Tang. Rasa dimalukan, Ah Hun bersumpah untuk menjadi seorang hartawan suatu hari nanti. Sementara itu, jiran Ah Hun, Ah Tian (Frederick Lee) merupakan seorang pelakon yang kurang dikenali mengalami masalah merundum dalam kerjayanya.

Dia berharap dengan pembedahan plastik yang dilakukannya mamp u meningkatkan tawaran sebagai teraju utama di dalam dunia lakonan. Bagi mendapatkan sumber kewangan, Ah Tian mempergunakan Tang Tang yang terdesak dan keseorangan.

Tang Tang bukan sahaja bakal mendapat ancaman daripada Ah Tian malah saudara-maranya – adik-beradik Ke (lakonan Lim Ching Miau, Aenie Wong, dan Lawrence Wong) – yang ingin mendapatkan mangkuk ajaib milik Tang Tang. Ketika Tahun Baru Cina, adik-beradik ini mengambil kesempatan untuk melawat Tang Tang dengan rancangan jahat mereka. Walaubagaimanapun, niat jahat mereka berjaya dihidu Tang Tang.

Ah Hun yang cuba menyelamatkan keadaan adik beradik Ke berjaya menemukan rahsia mangkuk bertuah itu dan amat teruja mengetahui mangkuk itu kini di dalam tangan ayahnya. Melihat keajaiban itu, Ah Hun berharap dapat mengejar cita-citanya untuk menjadi kaya-raya. Adik-beradik Ke yang mengetahui rancangannya menyebabkan Ah Hun terpaksa melarikan diri.