MASAK LOMAK CILI API (TV2)

MASAK LOMAK CILI API MUSIM 3
MULAI: 17 Februari ini,
HARI: setiap Ahad,
MASA: 9.30 malam
PELAKON: Roy Azman, Amyza Adnan, Khaty Azean, Nisha Dirr dan Mak Jah,Ebby Yus dan Fadilah Mansor



SINOPSIS MASAK LOMAK CILI API (TV2)
dimulakan dengan babak tiga tahun selepas perceraian Mak Bedah dengan Pak Yob dan setahun selepas kematian suami kedua Mak Bedah, Mak Bedah ambil keputusan untuk kembali semula ke kampung dan mengurangkan aktiviti sebagai seorang Chef.

Mak Bedah menyerahkan Akedemi Masakan dan restorannya kepada Maya dan Puan Dewi untuk menguruskannya. Bagaimanapun Mak Bedah terkejut mendapati Pak Yob juga pulang ke rumah mereka yang kini didiami oleh Arman. Arman terpaksa tinggal serang diri di rumah tersebut selepas isterinya Juita kembali ke bandar. Juita tidak selesa tinggal di kampung, dia balik semula ke bandar untuk bekerja.


Sesekali Arman pulang ke Kuala Lumpur begitu juga sebaliknya. Mak Bedah ambil keputusan untuk tinggal di rumah Lisa yang kosong selepas kematian bapanya Kamal dan ibunya Jannah balik ke kampung asalnya.

Pak Yob pulang untuk memberitahu Arman yang dia akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Arman tekejut Pak Yob memilih gadis muda menjadi isterinya. Perkahwinan itupun diaturkan oleh sepupu Pak Yob, Salmah. Pak Yob setuju mengahwini Mardiana kerana Mardiana pandai masak lemak cili api.


Pak Yob membawa Mardiana ke rumah Arman untuk memperkenalkan Arman dengan bakal ibu tirinya. Mardiana tidak begitu sukakan Pak Yob tetapi dia dipaksa kawin oleh ibunya Jamilah dengan harapan Mardiana hidup senang kerana Pak Yob orang berada. Bagaimanapun Pak Yob pernah hendak membatalkan perkahwinan itu kerana Jamilah bersifat mata duitan dan mula meminta itu ini. Jamilah mengugut akan menyaman Pak Yob jika Pak Yob membatalkan perkahwinan itu.

Mak Bedah mendengar berita perkahwinan Pak Yob dengan perasaan sayu. Dia menafikan masih cintakan Pak Yob tetapi perasaannya sedih mengetahui Pak Yob akan menjadi suami orang tak lama lagi. Begiu juga dengan Pak Yob, pertemuan semula dengan Mak Bedah mengembalikan ingatan lama kepada percintaan kedua-duanya. Apabila Mak Bedah terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana urusan akedemi masakannya, Pak Yob begitu rindu kepada Mak Bedah. Pak Yob akhirnya mengambil keputusan mempercepatkan perkahwinannya dengan Mardiana.





Bagaimanapun pada hari pernikahan, Mardiana menghilang diri dari rumah. Mardiana lari ke rumah teman lelakinya kerana tidak mahu mengahwini Pak Yob. Kamil memujuk Mardiana pulang. Apabila Mardiana sampai di rumah, Pak Yob sudah pun pergi selepas membatalkan perkahwinannya dengan Mardiana. Jamilah menawarkan diri menggantikan anaknya tetapi Pak Yob tidak mahu. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Dapatkah Pak Yob dan Mak Bedah bersatu semula?