MASKARA (TV1)




MASKARA (TV1)
MENGANTIKAN DRAMA: Cinta Kau dan Aku
MULAI: 11 April
HARI: setiap Khamis dan Jumaat,
MASA: 10.05 malam
SLOT: Arca
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Lisa Surihani sebagai Lynn, Nasha Aziz (Liza), Anzalna Nasir (Hani), Adrea Abdullah (Sue), Saharom Nizam (Muzammel), Izzue Islam (Joe), Syarul Ridzuan (Hamdan), Iera Hasan (Nory) dan Nazrief Nazri (Aliff Azril).





SINOPSIS MASKARA (TV3)

Ia mengangkat latar kisah berlaku dalam diri watak Liza, Sue dan Hani adalah tiga sahabat karib sejak zaman kolej. Atas dasar itu, mereka sepakat untuk berjiran di sebuah kawasan perumahan moden di pinggir bandar.


Kehadiran Lynn, seorang jiran baru dengan membawa perwatakan, kehidupan dan rahsianya tersendiri cuba untuk menyesuaikan diri. Keserasian timbul antara Lynn dan Hani yang menjadikan mereka amat rapat dan akhirnya selesa untuk turut berkawan dengan Liza dan Sue.


Bersama mereka membentuk satu sistem sokongan antara mereka. Kekuatan sifat wanita yang dimiliki oleh setiap daripada mereka, pengalaman berdasarkan usia berbeza dan latar belakang hidup menjadikan persahabatan mereka ibaratkan permata.

Setiap isu yang dihadapi oleh mereka dikupas dan dipersembahkan dari perspektif seorang wanita. Pun begitu, tercetus juga kekecohan dan percanggahan antara mereka yang pastinya menghiburkan penonton.

Saksikan episod bermula dengan Liza terpaksa mencari pelanggan untuk perniagaannya bagi membiayai kos guaman untuk mendapatkan hak harta sepencarian. Sue bersemangat mengambil hati bosnya untuk kenaikan pangkat. Hani sedaya upaya menyembunyikan masalah rumahtangganya. Kedatangan Lynn, seorang jiran baru menimbulkan tanda tanya apabila melihat sikap dingin Lynn pada suaminya, Prof Muzammel, seorang suami mithali. Usaha gigih Sue disangka berbaloi apabila Sue menerima sepucuk surat dari pihak atasan.


Sue dikejutkan dengan berita kenaikan pangkat Taiyuddin rakan sekerjanya manakala dia ditukarkan ke jabatan lain. Sue mengadu pada Liza dan Hani tapi Liza sebaliknya, sibuk mengejar prospek pelanggan barunya, Lynn. Hamdan, suami Hani berjaya memujuk Hani untuk menjaga anak tirinya kerana madunya mengalami alahan mengandung yang teruk. Liza yang menghadapi krisis kewangan, tekad mewakili dirinya di mahkamah.



Liza yang beria mahu berhujah di depan hakim, menggigil sebelum sempat dipanggil. Sue tidak berpuas hati dengan politik di pejabatnya, tekad berdepan dengan Tuan Parjo. Nory dalam dilema untuk memilih kolej mendapatkan bantuan bapanya. Hani terkejut mengetahui dirinya mengalami masalah kesuburan sedangkan Lynn pula sanggup mengambil pil perancang. Lynn dikejutkan dengan kemunculan seorang lelaki misteri.


Lynn terkedu bertemu bekas kekasihnya, Aliff. Hani mengintip pergerakan Hamdan yang jarang pulang melalui Facebook. Sue rasa dirinya dilamun cinta dengan Tuan Parjo tetapi sikapnya yang memandang rendah pada darjat isteri kedua menjadikan Liza dan Hani berkecil hati. Liza mula berkenalan dengan Azril, pengurus di gimnya. Hani mengambil langkah berani bersemuka dengan Hamdan, tetapi ditempelak kerana masih merahsiakan status perkahwinan mereka. Hani memulakan pakatan sulit dengan madunya, Kak Farah.

Hani terhantuk di kabinet dapur ketika bertengkar dengan Hamdan tetapi cuba menyembunyikan daripada pengetahuan kawan-kawan rapatnya. Sue dan adiknya Joe bergaduh gara-gara memilih kursus di kolej sehingga menyebabkan Joe menjauhkan diri. Nory tersepit antara kedua ibubapanya, apabila Liza tidak bersetuju dengan kolej pilihan bapanya. Lynn mula berkawan dengan Liza, Sue dan Hani melalui Nory. Hani jatuh pengsan semasa bersiap ke lapangan terbang.


Hani amat gembira dengan berita kehamilannya tetapi dikecewakan dengan sikap Hamdan yang tidak mahu menanggung segala kos kehamilannya. Lynn menikmati kebebasannya, apabila Muzammel bekerja di luar negara dengan mengekori bekas kekasihnya, Aliff di gim. Liza terpaksa mengelak dari Lynn ketika di gim kerana takut rahsia kelangsingannya terbongkar bukan disebabkan korset jualannya. Hubungan niaga Liza dan Azril mula cenderung ke arah peribadi.



Untuk mengetahui apakah kesudahan drama bersiri terbitan KRU Motion Pictures Sdn Bhd ini pastikan anda meluangkan masa menyaksikannya hanya di TV1.