STILL, MARRY ME (NTV7)

STILL, MARRY ME (NTV7)
MULAI: 1 Februari
HARI: setiap Isnin hingga Jumaat
MASA: 12 tengah hari
EPISOD: 22 episod,




SINOPSIS STILL, MARRY ME (NTV7)
mengisahkan tiga orang sahabat Lee Shin Young (Park Jin Hee), Jung Da Jung (Uhm Ji Won) dan Kim Boo Ki (Wang Bit Na) yang merasakan kehidupan mereka telah sempurna namun mula menyedari bahawa mereka masih tidak mempunyai pasangan hidup. Pada usia 36 tahun mereka dihujani dengan pelbagai masalah dan kini terdesak mencari cinta.


Lee Shin Young merupakan seorang wartawan penyiaran yang sentiasa ceria dan sering mendapat perhatian sehingga dipilih oleh syarikatnya untuk mendapatkan latihan di Washington. Shin Young yang menghabiskan masa selama dua tahun di sana terpaksa memutuskan pertunangannya bersama Yoon Sang Woo (Lee Pil Mo). Namun sekembalinya Shin Young, dia menerima tamparan hebat apabila mengetahui bekas tunangannya kini bakal berkahwin dengan gadis lain. Shin Young yang juga menerima tekanan kerja akhirnya mengalami penyakit ganjil iaitu gagal mengawal ekspresi wajah dan terpaksa dihentikan.


Sedang Shin Young cuba mencari cinta hati barunya, lain pula dengan Jung Da Jung yang merupakan seorang penterjemah bahasa dan sering berharap dapat bertemu jejaka kaya. Impian Da Jung hampir menjadi kenyataan apabila dia bertemu seorang doktor bernama Na Ban Seok (Choi Cheol Ho) dalam sebuah temujanji. Namun, tatkala Na Ban Seok melamarnya, Da Jung merasakan masih ada yang kurang dalam hidupnya.


Sindrom wanita berusia juga tidak ketinggalan dalam kehidupan Kim Boo Ki yang merupakan seorang perunding restoran. Setelah 10 tahun berpacaran, Boo Ki akhirnya dikecewakan walaupun mereka telah bertunang. Lebih menarik apabila Boo Ki terjumpa seorang bayi yang ditinggalkan di pintu rumahnya.


Dalam masa yang sama, Shin Young kini menaruh perasaan dengan jejaka yang 12 tahun muda daripadanya. Keadaan tentunya lebih riuh dengan ragam ketiga-tiga watak utama dengan misi cinta dan kehadiran bayi misteri dalam kehidupan mereka.