TAXI TAXI (2013)



TAXI TAXI (2013)
PENGARAH: Kelvin Sng
GENRE: Komedi drama
TAYANGAN: 27 Januari 2013
ULASAN : Amirul Haswendy Ashari (Harian metro)
PELAKON: Gurmit Singh, Mark Lee, Jazreel Low, Gan Mei Yan, Lai Meng, Chua Jin Sen, Roystan Ong



SINOPSIS TAXI TAXI (2013)
Kisah benar seorang pemegang PhD yang bekerja sebagai pegawai penyelidik berpangkat profesor di syarikat besar selama 16 tahun.


Malangnya satu hari Profesor Chua terpaksa dihentikan perkhidmatan melalui sistem pengurangan pekerja di tempatnya. Biarpun cuba untuk mendapatkan pekerjaan yang setaraf pendidikan dan pengalaman, Chua gagal dan akhirnya terpaksa menjadi pemandu teksi.


Chua juga terpaksa menipu keluarga yang dia masih bergelar profesor kerana malu. Sehinggalah satu hari dia bertemu dengan seorang lagi pemandu teksi, Ah Tau, bapa tunggal yang hidup sederhana membesarkan anaknya, Jia Jia.