CINTA GADIS IGAL IGAL (TVI)

CINTA GADIS IGAL IGAL (TVI)
TARIKH: 31 Mac 2013,
MASA: 12.00 tengah hari
PELAKON: Shahrizal Jaszle, Nabila Huda , Lia Natasha, Marlin Malalin, Aman Nassim dan Dayang Hasnah Ibrahim.



SINOPSIS CINTA GADIS IGAL IGAL (TVI)
mengisahkan pemuda kacak bernama Eddy yang berangkat ke Semporna sendirian setelah menghadapi kemelut rumahtangga dengan isterinya, Mona. Dia memberikan alasan kepada keluarganya mahu menenangkan fikiran dan memikirkan penyudah terbaik konflik hubungannya dengan Mona.

Ketika di sana, dia mula terpikat dengan keindahan suasana persekitarannya dan keramahan penduduk menyambutnya sebagai tetamu dari semenanjung. Banyak perkara baru yang diketahuinya terutama melibatkan adat, budaya dan tradisi kaum Bajau yang majoritinya menghuni perkampungan itu.

Tetapi rupanya ada cinta yang hadir menyapa bila mana dia mula terpikat dengan gadis bernama Indak, berketurunan Bajau Laut yang merupakan penari tarian Igal-Igal yang popular ketika berlangsungnya sesebuah majlis perkahwinan.


Namun pada masa sama konflik berlaku bila Mona ingin menjernihkan semula ikatan hubungan suami isteri yang sebelum ini diibaratkan seperti retak menanti belah. Mona mahu merebut semula hati suaminya itu walau dengan apa cara sekalipun.

Saksikan sama ada Mona berjaya memisahkan hubungan cinta yang baru terjalin antara Eddy dan Indak? Atau kekuatan cinta kedua pasangan yang berbeza adat dan budaya itu mengatasi segala-galanya?