FALLING SKIES (TV2)



FALLING SKIES
TARIKH: 24 Februari ,
HARI: setiap Ahad,
MASA: 12.00 malam
EPISOD: 13 episod
PELAKON: Noah Wyle, Moon Bloodgood, Drew Roy, Connor Jessup, Jessy Schram, Maxim Knight, Seychelle Gabriel dan Peter Shinkoda







SINOPSIS FALLING SKIES
Mengisahkan keadaan dunia setelah enam bulan musnah akibat pencerobohan global termasuklah serangan drone mekanikal dipanggil “mechs”, makhluk asing yang ciri-cirinya berkulit hijau dan berkaki enam yang dikenali sebagai “skitters” yang muncul untuk mengawal “mechs”dan tiga bangsa misteri dikenali sebagai overloards, yang mungkin jurutera sebenar pencerobohan dan ketua skitters.

Dalam masa beberapa hari penceroboh telah meneutralkan grid kuasa dunia dan teknologi, memusnahkan semua tentera negara di dunia dan membunuh lebih 90 peratus populasi penduduk manusia.

Makhluk asing digambarkan cuba menguasai anak-anak berusia sekitar 8 hingga 18 tahun dan melampirkan peranti ketaatan biomekanik ke dalam diri mereka yang dirujuk sebagai “harness”. “Harness” tersebut mengawal minda kanak-kanak dan secara paksa mengeluarkan ia secara amnya membunuh kanak-kanak itu.

Kisahnya berkembang selepas enam bulan berlakunya pencerobohan dan kumpulan mangsa yang hidup bersatu bangkit untuk melawan kembali kekejaman dilakukan terhadap mereka. Kumpulan dikenali sebagai Second Massachusetts (kiasan kepada rejimen bersejarah dari Tentera Continental), diketuai oleh Kapten Weaver yang telah bersara dan Tom Mason, profesor sejarah dari Universiti Boston.



Tom Mason yang sedang dalam misi mencari anak lelakinya, Ben mesti menggunakan sepenuhnya pengetahuan luas beliau dalam bidang sejarah tentera untuk diaplikasikan sebagai salah seorang pemimpin gerakan penentang.

Saksikan babak-babak menarik penuh mendebarkan ini hanya di TV2.