OZ THE GREAT AND POWERFUL



OZ THE GREAT AND POWERFUL
MULA TAYANGAN: 07 Mar 2013
BAHASA :English
GENRE :Adventure / Fantasy
DURASI: 130 minutes
PENGARAH:Sam Raimi
PELAKON :James Franco, Mila Kunis, Rachel Weisz, Michelle Williams
ULASAN: Ohbulan




SINOPSIS OZ THE GREAT AND POWERFUL
Oz ini merupakan seorang ahli silap mata dan dirinya telah banyak menipu orang kampung tambah-tambah lagi sewaktu mengadakan persembahan pentas. Oz ni berlakon konon-kononnya dia mempunya ilmu luar biasa sehinggakan boleh mengangkat seseorang individu itu tanpa pertolongan daripada tali atau sebagainya. Akan tetapi semuanya sudah dirancang daripada awal lagi.


Segala konflik kehidupan Oz bermula apabila dia dikejar oleh dua individu yang tidak berpuas hati dan ingin memukul dirinya. Demi menyelamatkan diri, Oz telah masuk ke dalam sebuah belon udara panas dan diterbangkan ke langit biru.



.konon-kononnya bila sudah dapat terbang dan terlepas dari orang jahat, si Oz ini fikir dia boleh selamat la, tapi lain pula yang dihadapi oleh Oz kerana belon udara tersebut telah pergi ke arah angin puting beliung dan membuatkan dirinya berperang dengan angin yang kuat sehingga Oz menganggap dirinya akan mati pada waktu itu.


Setelah reda daripada angin kencang, tiba-tiba Oz telah memasuki alam lain dan inilah dia alam fantasi. Di alam fantasi ini Oz telah berjumpa dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Theodora, lakonan Mila Kunis.


Pada awalnya memang si Oz ni tangkap cintan dengan Theodora, akan tetapi setelah berjumpa dengan seorang lagi wanita jelita yang dikenali sebagai Glinda lakonan Michelle Williams, hati Oz telah beralih arah. Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan Theodora dan tercetuslah perang antara Oz, Glinda dan Theodora.

Siapakah yang akan menang dalam pertarungan ini? Semuanya akan terjawab apabila anda menonton filem “Oz the great and powerful” ini nanti.
kredit ulasan: Ohbulan