GHOST CHILD (2013)



GHOST CHILD (2013)
MULA TAYANGAN: 04 Apr 2013
GENRE:Seram
DURASI: 88 minutes
PENGARAH:Gilbert Chan
PELAKON:Chen Han Wei, Jayley Woo, Carmen Soo






GHOST CHILD (2013)
Ghost Child berkisar tentang sebuah keluarga yang mengalami perkara-perkara pelik yang berlaku di dalam rumah mereka setelah Choon lakonan Chen Han Wei berkahwin dengan wanita Indonesia, Na lakonan Carmen Soo yang dalam diam membela toyol.

Pada awalnya, hanya ibu Choon dan anaknya Kim (Jayley Woo) yang sering diganggu oleh makhluk halus tersebut. Bukan setakat menakut-nakutkan, sebaliknya toyol itu sering membantu Kim apabila dia dibuli oleh rakan sekolahnya.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila ibu Choon terjumpa alat permainan kanak-kanak di dalam rumah mereka. Marah dengan perkara itu, toyol tersebut telah mencederakan ibu Choon sehingga wanita itu menghidap strok. Kim yang semakin keliru, mula mencari tahu tentang makhluk halus yang tinggal di rumah mereka. Yakin dengan firasatnya, Kim menuduh Na membela toyol.