KIL



FILEM KIL
PELAKON: Redza Minhat, Cristina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik dan Dira Abu Zahar
PENGARAH: Nik Amir Mustapha.
MULA TAYANGAN: 30 May 2013




LINK DOWNLOAD TIDAK DISEDIAKAN.. MAAF

SINOPSIS FILEM KIL
Filem ini mengisahkan Akil (KIL), seorang anak muda yang murung dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Tetapi, dia masih tidak berani untuk membunuh diri.

Percubaannya untuk mati sentiasa gagal dengan jayanya sehingga dia terjumpa dengan satu penyelesaian yang sempurna, iaitu satu agensi pembunuhan yang aneh.

Dengan mengupah agensi ini untuk membunuhnya, pembunuhan yang bakal dilakukan adalah tidak dijangka oleh individu yang hendak mati itu. Dia tidak akan tahu nama pembunuh upahan dan bila atau di mana dia akan mati.

Ini ialah sesuatu yang ideal untuk KIL, sehingga dia jatuh cinta pada seorang gadis yang baru ditemuinya, Zara. Secara tiba-tiba, dia mula ragu-ragu tentang niat asalnya untuk membunuh diri.