THE HOBBIT 2 - THE DESOLATION OF SMAUG




FILEM: THE HOBBIT 2 - THE DESOLATION OF SMAUG
ARAHAN: Peter Jackson
PELAKON: Martin Freeman, Ian McKellen, Richard Armitage, Graham McTavish, Ken Stott, Aidan Turner, Dean O'Gorman, Mark Hadlow, Jed Brophy, Adam Brown, John Callen, Peter Hambleton, William Kircher, James Nesbitt, Stephen Hunter dan Benedict Cumberbatch
GENRE: Pengembaraan
TAYANGAN: 12 Disember 2013



SINOPSIS THE HOBBIT 2 - THE DESOLATION OF SMAUG


Bahagian kedua trilogi garapan Peter Jackson ini berkisar mengenai naga Smaug yang menjaga harta di Erebor yang cuba dituntut Bilbo Baggins dan rakan kaum kerdilnya.


Selepas berjaya melalui laluan bahaya di Misty Mountain, Thorin dan lain perlu mendapatkan bantuan orang asing berkuasa sebelum melalui kawasan hutan berbahaya Mirkwood tanpa bantuan ahli sihir, Gandalf.

Jika mereka berjaya sampai ke penempatan manusia di pekan tasik, ia adalah masanya Bilbo Baggins memenuhi kontrak yang ditandatangani dengan pihak kerdil.



Mereka perlu menamatkan pengembaraan ke Lonely Mountain dan Baggins perlu mencari pintu rahsia yang memberi laluan masuk ke gunung.


Kehilangan Gandalf dengan alasan mahu ke selatan menjadi tanda tanya mereka, malah beranggapan Gandalf tidak lagi mampu menggunakan kuasa sihirnya.