• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

RUNNING MAN (TV2)

RUNNING MAN (TV2)
MULAI: 1 Jun 2013,
HARI: setiap Sabtu,
MASA: 4.00 petang



SINOPSIS RUNNINGMAN (TV2)
program ini menyaksikan kesemua peserta perlu menyelesaikan misi untuk memenangi pertandingan. Rancangan ini juga telah dapat menarik perhatian penonton adalah kerana ianya program “come back” bagi salah seorang peserta Running Man ini iaitu Yoo Jae-Suk selepas dia meninggalkan program “Good Sunday’s Family Outing” pada Februari 2010

Peserta-peserta Running Man terdiri daripada Yoo Jae-Suk, Ji Suk-Jin, Kim Jong-Kook, Gary, Ha-Ha, Lee Kwang Soo dan Song Ji-Hyo. Song Ji-Hyo pada asalnya adalah seorang tetamu jemputan di dalam episod ke 2, 3, 4 dan 5 namun secara rasminya menyertai rancangan ini dalam episod ke 6.

Yoo Jae-Suk juga dikenali sebagai Yu-Ruce Willis semasa misi perlumbaan di mana dia pandai melarikan diri. Nama ini adalah parody dari Bruce Willis dalam Die Hard. Dia juga dikenali sebagai Yu-Hyuk, yang bertindak sebagai seorang pelajar popular yang boleh menari dengan baik. Dalam episod ke 38 “Usual Suspects of Man Running” , dia dikenali sebagai Yu-MES Bond, dimana dia perlu menyamar sebagai tetamu dan menghapuskan semua peserta lain dalam misi “Find the Guests”.

Manakala Ji Suk-Jin, ahli paling lama dalam Running Man dan dikenali sebagai “Big Nose Older Brotherfor” disebabkan oleh hidungnya yang besar. Dia sering digambarkan sebagai lemah semasa pertandingan dan sering dan mudah ditangkap.

Kim Jong-Kook pula dianggap individu paling kuat di dalam rancangan ini dan dikenali sebagai Sparta_Kook dan Komander kerana kemahiran beliau dalam menangkap peserta lain semasa misi perlumbaan. Sparta-Kook adalah parody filem 300, penampilan secara tiba-tiba dan menunjukkan kekuatanya biasanya diiringi oleh soundbite “This is Sparta” diambil dari filem tersebut. Dia menggunakan taktik yang berjaya untuk menghapuskan peserta yang lain semasa misi perlumbaan.

Gary, salah seorang daripada “variety rookies”, dikenali sebagai Peaceful Gary kerana ekspresi mukanya yang tenang semasa Photo Zone Game dan di sepanjang rancangan. Dia juga dikenali sebagai GAE-Colas Cage semasa misi perlumbaan, yang merupakan parody Nicolas Cage. Namun dia juga mudah tertipu oleh orang lain dan dikenali sebagai seorang yang keliru dengan konsep pada setiap masa.

Ha-Ha sebagai Ha-Roro kerana penampilanya yang mirip kepada watak kartun kanak -kanak “Pororo The Little Penguin”. Semasa perlumbaan, dia dikenali sebagai Ha-Rad Pitt yang merupakan parodi Brad Pitt. Dia juga sering merasakan seolah-olah dirinya adalah peneraju utama sebuah filem yang diimaginasikannya sendiri. Apabila sesuatu perkara yang berlaku tidak mengikut caranya, dia akan menyatakannya secara lisan dan menyebabkan peserta lain ketawa.

Salah seorang daripada “variety rookies”, Lee Kwang-Soo telah membina imej yang dikenali sebagai Framer Kwang-Soo, dimana dia sering menyebarkan khabar angin yang memalukan dan sering tidak masuk akal. Dia juga dikenali sebagai Kwang-Vatar kerana penampilan yang mirip spesies Na’Vi dalam filem Avatar dan Kwang-Potter untuk penampilan yang sama dengan Harry Potter apabila dia memakai cermin mata.

Menariknya penampilan Song Ji-Hyo, satu-satunya peserta wanita di dalam Running Man. Song Ji-Hyo dikenali sebagai Song Ji-Yok, dimana “Yok” membawa maksud “sumpah” kerana kata- kata kesatnya terhadap beberapa peserta lain seperti Lee Kwang-Soo dan Ha-Ha. Dia juga dikenali sebagai Mong Ji-Hyo, “mong” membawa maksud “keliru” ini kerana ekpresi mukanya sering menampakan dirinya berada dalam keadaan kkeliru. Semasa misi perlumbaan, dia digelar sebagai Ace kerana kemahiran dirinya dalam menangkap peserta lain sama seperti Kim Jong-Kook.


Kongsikan aksi dan debaran peserta menyelesaikan misi untuk memenangi pertandingan ini hanya di TV2.

RINDU ITU MILIK DIA (TVi)

RINDU ITU MILIK DIA (TVi)
HARI: setiap Isnin hingga Rabu,
MASA: 6.00 petang
PELAKON: Memey Suhaiza dan Talha Harith, Tony Eusoff, Adam Shah, Syazwan Zulkifli, Ku Fridah dan Roslan Salleh,
EPISOD: 13 episod



SINOPSIS RINDU ITU MILIK DIA (TVi)
mengisahkan pasangan suami isteri, Jamil dan Rohilah tinggal di kampung bersama seorang anak lelaki bernama Ezham. Mereka tinggal berjiran dan berhubungan baik dengan keluarga Wong dan isterinya Marina Lee Mereka saling mengambil berat antara satu sama lain memandangkan keluarga Wong tidak mempunyai saudara mara lain tinggal di Malaysia.

Kejayaan mengusir Chong seorang kaki buli kampung membuatkan samseng itu berdendam dan nekad membalas dendam dengan mereka. Hinggalah satu hari berlaku tragedi di mana Chong berjaya membelasah dan menculik Wong yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari kebunnya. Sejak itu mereka tidak lagi menemui kelibat Wong di mana-mana.

Marina kehilangan arah apatahlagi dia sedang sarat mengandung anak sulongnya dengan Wong. Mujur ada Rohilah dan Jamil yang selalu memberikan semangat kepadanya. Kemuncaknya Marina dihalau daripada rumahnya dan dia menumpang di rumah pasangan suami isteri itu.


Marina kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan diberi nama Lily. Sejak itu dia berkeras mahu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan menampung kehidupannya dengan Lily. Rohilah dan Jamil akhirnya terpaksa akur dengan permintaan Marina apatahlagi Marina mahu meninggalkan Lily kepada mereka sementara mendapat pekerjaan yang sesuai.

Kehidupan Rohilah dan Jamil terus dirundung malang bila Chong terus-terusan mengganggu mereka hingga jatuh miskin. Mahu atau tidak mereka juga terpaksa berhijrah setelah Jamil ditawarkan kerja pengawal keselamatan oleh sepupunya di ibu kota.

Marina pula sentiasa bertukar kerja akibat dibuli majikannya. Tetapi mujur dia menemui insan yang baik, Amutha membantunya mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Dia kemudiannya memutuskan untuk kembali mencari Ruhilah dan mengambil semula Lily. Namun hasratnya tidak kesampaian bila mengetahui mereka sudah berpindah.

20 tahun berlalu, Lily kini semakin meningkat dewasa dan menjadi kesayangan ibu bapa serta abang angkatnya, Ezham. Begitu pun dia masih berusaha menjejak ibu kandungnya yang sebenar. Rohilah dan Jamil meningkat tua namun Jamil tetap mahu bekerja sebagai pengawal keselamatan kerana tidak mahu bergantung kepada anaknya meskipun dilarang oleh Ezham.

Ezham bekerja sebagai Pengurus Operasi di rangkaian kafe francais MayLi yang terkenal di Malaysia dan mempunyai cawangan di New Zealand. Manakala Lily pula diterima menjadi model dan bersahabat baik dengan Anita. Dalam diam Anita sebenarnya mempunyai kepentingan lain berkawan dengan Lily. Dia cemburukan Lily yang lebih diterima dalam agensi model mereka dan mahu mendekati Ezham. Begitu pun Lily tidak sedar akan semua muslihat Anita itu.

Pelbagai cara dilakukan oleh Anita untuk mencapai impiannya termasuk sering kali memburukkan nama Lily kepada paparazi dan wartawan yang gemar mendapatkan gosip murahan. Jamil dan Rohilah tidak putus-putus memberikan inspirasi kepada Lily untuk meneruskan perjuangan dan menepis gosip buruk berkenaan.

Sementara itu Lily diminati oleh Jason, seorang pengurus besar yang kemudiannya bersubahat dengan Anita mahu merebut cinta gadis itu. Anita menggunakan kesempatan yang ada mahu mendapatkan cinta Ezham. Rancangan mereka berjaya bila Lily dan Ezham bergaduh besar dan pemuda itu membawa diri ke luar negara.

Berjayakah Lily menjejak semula ibu kandungnya? Bagaimana pula kesudahan cinta antara Ezham dan Lily yang sebenarnya menyimpan perasaan antara satu sama lain? Ikuti kesudahannya dalam Rindu Ini Milik Dia hanya di TVi (Saluran 180 Astro).

MENGGENGGAM JANJI (DOWNLOAD)

MENGGENGGAM JANJI (TV9)
HARI: Rabu
TARIKH: 29 May
MASA: 8.30 Malam
PELAKON: Zamarul Hisham, Fouziah Gous, Janice Zelynn dan adik Khairisyah Kemal.



DOWNLOAD MENGGENGGAM JANJI
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: DOWNLOAD

SINOPSIS MENGGENGGAM JANJI (TV9)
Rahmah, seorang mualaf yang sanggup meninggalkan agama asalnya demi cintanya terhadap seorang lelaki bernama Jalil (Zamarul Hisham). Tetapi setelah mereka berkahwin, Rahmah mula menemui hidayah untuk terus taat dan mendalami ajaran Islam dengan hati yang ikhlas.

Sebagai seorang suami, Jalil dilihat semakin lalai dengan tugasnya untuk membimbing Rahmah dan anak mereka, untuk menjadi muslim sejati. Akibat terlalu sibuk dengan perniagaanya, Jalil hanya membiarkan Rahmah tercari-cari sendiri ilmu agama dan sering tidak mengendahkan penyakit yang dihidapi Rahmah.

Rahmah berkenalan dengan Syuhada, jururawat yang sering merawatnya di hospital ketika dia menjalani rawatan. Kepada Syuhada, Rahmah sering meluahkan perasaannya. Malah di saat akhir Rahmah, dia memberikan amanat pada Syuhada untuk memastikan Jasmin tidak akan terpesong dari ajaran Islam.

Setelah Rahmah tiada, Syuhada menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga Jasmin dan membuatkan hati Jalil terpaut pada keikhlasan Syuhada. Jalil mahu melamar Syuhada untuk menjadi pengganti Rahmah dan berjanji dia tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu dan tidak akan lalai dengan tanggungjawabnya.


Tetapi, satu kebenaran telah terbongkar dan membuatkan Syuhada berat untuk menerima lamaran Jalil. Apakah yang menjadi penghalang cinta mereka? Saksikan Menggenggam Janji di slot Skrin Di 9, Rabu ini, 29 Mei jam 8.30 malam di TV9.

THE GREAT GATSBY



THE GREAT GATSBY
MULA TAYANGAN: 16 Mei 2013.
GENRE :Drama / Romance
DURASI: 142 minutes
PENGARAH :Baz Luhrmann
PELAKON :Leonardo DiCaprio, Tobey Maguire, Joel Edgerton, Carey Mulligan, Isla Fisher, Jason Clarke, Elizabeth Debicki, Amitabh Bachchan





SINOPSIS THE GREAT GATSBY
Berlatarbelakang tahun 1920′an, filem ini mengikuti Nick Carraway (Tobey Maquire) yang menceritakan pengalamam musim panas beliau yang tidak mampu di’lupakan ketika berada di New York.

Ketika berada di sana, Carraway berjumpa dengan si misteri Jay Gatsby dalam masa yang sama hubungan sepupunya, Daisy (Carey Mulligan) dan suaminya Tom Buchanan (Joel Edgerton) agak tegang.


Dengan bantuan Carraway & juga seorang rakan Daisy, Jordan Baker (Elizabeth Debicki) — Daisy kembali bersama Jay Gatsby yang sebenarnya pernah saling berjumpa lima tahun sebelum itu





BIKERS KENTAL

BIKERS KENTAL
TAYANGAN: 23 May 2013
GENRE:Action / Comedy
DURASI: 95 minutes
PENGARAH:Helmi Yusof
PELAKON: :Zizan Razak ( Raja Lawak), Awie, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Pornwipa Watcharakaroon, Julangtip Sukkasem, Amerul Affendi,



SINOPSIS BIKERS KENTAL
Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa.

Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai,

Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini,

bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi.

TAKDIR CINTA (DOWNLOAD)

CEREKARAMA TAKDIR CINTA (TV3)
PELAKON: Rita Rudaini, Azlee Khairi, Dayana Roza, Kismah Johar, Datuk Aziz Satar, Raja Nor Baizura, Den Wahab.
TARIKH: 26 May
MASA: 10 Malam






DOWNLOAD TAKDIR CINTA
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar



SINOPSIS TAKDIR CINTA (TV3)
Mengisahkan Zarina yang masih belum berkahwin walaupun telah berusia lebih 30 tahun. Dia berjimat cermat kerana mahu gunakan duit yang disimpan untuk majlis perkahwinan yang diidamkannya. Namun,dia diramalkan hidup tidak lama.

FAST AND FURIOUS 6



FAST AND FURIOUS 6
MULAI: 23 Mei.
PELAKON : Vin Diesel, Paul Walker, Michelle Rodriguez, Dwayne Johnson, Luke Evans
GENRE : Aksi



SINOPSIS FAST AND FURIOUS 6
Dalam Fast 5, kita telah menyaksikan agen Luke Hobbs (Dwayne Johnson) telah membebaskan Dominic Toretto (Vin Diesel) dan Brian O’Conner (Paul Walker), namun tidak membenarkan mereka pulang ke Los Angeles sebagai hukuman atas jenayah yang mereka lakukan.

Dalam siri terbaru ini, agen Hobbs sedang dalam misi memburu sebuah sindiket jenayah yang diketuai oleh Owen Shaw (Luke Evans). Kali ini, agen Hobbs terpaksa meminta bantuan Dominic dan Brian bagi menjayakan misi tersebut.


Sebagai pertukaran Dominic meminta pengampunan sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah jika mereka berjaya menumpaskan sindiket tersebut.

KUALI BUJANG (TVi)

KUALI BUJANG (TVi)
HOS CHEF: Anis Nabila
MULAI: 26 Mei
HARI: setiap Ahad,
MASA: 9.00 pagi
SLOT: Sinaran
EPISOD: 13 episod
ARTIS JEMPUTAN: Nelydia Senrose, Zain Saidin, Maslina Nasir, Zalif Sidek, Diana Amir, Erry Putra, Illias Iskandar, Razali Hussain, Irfan Roslan, Riz Amin, Nellia Sandro, Leez Rosli, Ernie Zakri dan Chomat Samad.



SINOPSIS KUALI BUJANG (TVi)
chef Anis Nabila bersama artis undangannya berkongsi 3 menu mudah dan menarik yang disediakan secara santai termasuklah menu utama dan pencuci mulut yang melengkapkan hidangan sesuai untuk dikongsi seisi keluarga.

Dalam segmen permulaan, usah ketinggalan mencuba resipi menarik dicadangkan seperti pancake blueberry, kacang pool, french toast pisang dan badam, mihun goreng siam, potato rosti, strata, nasi halba, sambal ikan bilis, lempeng pisang, cucur udang, kuah keledek, nasi goreng cina, roti jala, kuah manis, mee goreng mamak dan toasties.

Mengisi segmen seterusnya menu utama yang sesuai dihidangkan untuk makan tengah hari dan makan malam termasuk resipi pasta saffron kupang, mee rebus tulang, ayam panggang berlada, macaroni cheese, green curry daging, meatloaf, kentang lenyek dan kacang peas, seafood potpie, rendang ayam, chilli crab, gulaudang, salted egg butter crab, kari ayam, nasi daging, air asam, roast beef dan yorkshire pudding.

Menu mudah yang patut dicuba pula pencuci mulut pudding chocolate, air khatirah, molten chocolate cake, salad buah-buahan dengan serai, strawberry triffle, apple crumble, pengat pisang, bubur jagung, pandan kaya bread pudding, pineapple upside down cake, pulut dan kuah durian, pudding suji juga pavlova.

Kepada penggemar program masakan dan juga peminat yang ingin mencuba resipi artis kesayangan anda, usah ketinggalan menyaksikan program Kuali Bujang hanya di TVi (Saluran 180 Astro).

KALAU BUKAN AKU (1 - 17 TAMAT)

KALAU BUKAN AKU (TV3)
MULAI: 25 April 2013
SLOT: Azalea TV3
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis
MASA: 4.00 petang
PELAKON : Erry Putra, Syatilla Melvin, Zaidi Omar, Ziela Jalil, Mak Wan, Sura Sojangi, Rashidah Jaafar, Azuan Mazlan, Zalfie, Hafiz Bahari.



DOWNLOAD DRAMA KALAU BUKAN AKU
Kalau Bukan Aku Episod 01 = DOWNLOAD
Kalau Bukan Aku Episod 02 = DOWNLOAD 29/4
Kalau Bukan Aku Episod 03 = DOWNLOAD
Kalau Bukan Aku Episod 04 = DOWNLOAD
Kalau Bukan Aku Episod 05 = DOWNLOAD
Kalau Bukan Aku Episod 06 = DOWNLOAD
Kalau Bukan Aku Episod 07 = DOWNLOAD
Kalau Bukan Aku Episod 08 = DOWNLOAD
Kalau Bukan Aku Episod 09 = DOWNLOAD
Kalau Bukan Aku Episod 10 =  DOWNLOAD 13/5
Kalau Bukan Aku Episod 11 = DOWNLOAD 14/5
Kalau Bukan Aku Episod 12 = DOWNLOAD 15/5
Kalau Bukan Aku Episod 13 = DOWNLOAD 16/5
Kalau Bukan Aku Episod 14 = DOWNLOAD 20/5
Kalau Bukan Aku Episod 15 = DOWNLOAD 21/5
Kalau Bukan Aku Episod 16 = DOWNLOAD 22/5
Kalau Bukan Aku Episod 17 (TAMAT) =DOWNLOAD 23/5
Kredit: kepalabergetar



SINOPSIS KALAU BUKAN AKU
“Kalau Bukan Aku” berkisar tentang Umar, seorang pemuda yang mempunyai penyakit autisme dan haknya sebagai anak telah dinafikan oleh kedua-dua ibu bapanya, Tuan Raqim (Zaidi Omar) dan Puan Zalia (Ziela Jalil). Ibu bapa Umar juga telah mengarahkan pembantu rumahnya, Cik Nomi (Mak Wan) mencari calon isteri buat Umar kerana tidak mahu lagi menjaganya.

Kemudian Cik Nomi pulang ke kampung dan bertemu Nurin (Syatilla Melvin), dengan hajat untuk jadikan wanita itu sebagai calon isteri Umar. Cik Nomi mula menceritakan kisah majikannya yang mahukan calon isteri untuk anaknya yang baru kemalangan dan mengalami trauma kepada Nurin. Cik Nomi yakin dengan status Nurin yang kini seorang janda dan sering diganggu oleh Along kerana hutang bekas suaminya Sham (Zalfie), pasti mudah baginya untuk memujuk Nurin berkahwin dengan Umar. Demi tidak diganggu lagi oleh Along serta melangsaikan hutang Sham, Nurin akur menjadi isteri Umar.

Setelah selamat diijab kabulkan, barulah Nurin sedar bahawa suaminya seorang autisme. Nurin terkejut dan merasakan dirinya tertipu. Namun lama kelamaan Nurin mula muhasabah dirinya dan menganggap apa yang terjadi adalah suratan yang sudah tertulis buat dirinya. Nurin meminta maaf daripada Umar dan mula menjaga suaminya. Sesungguhnya ia merupakan satu cabaran buat Nurin. Umar sering menunjukkan sayangnya terhadap Nurin dan itu menguatkan lagi semangat dan kesabaran Nurin untuk menempuh liku-liku kehidupan.

Hari demi hari, Umar dan Nurin mula menikmati kebahagiaan bersama. Akan tetapi, kebahagiaan itu mula dicemburui oleh bakal adik ipar Umar, Eddie (Azuan Mazlan). Eddie yang terpesona dengan kecantikan Nurin sejak kali pertama melihatnya, cuba merapatkan diri dengan Nurin. Namun, Nurin sering menjauhkan dirinya dari Eddie.

Ketika Umar diserang demam panas, hanya Nurin yang menjaganya dan pada saat itu tiada sesiapa di rumah. Eddie yang kebetulan datang ke rumah mereka telah mengambil kesempatan memperkosa Nurin. Sejak peristiwa itu, Nurin trauma dan sering menangis. Umar sedar akan perubahan Nurin dan dia sering menceriakan isterinya. Nurin bersyukur dan gembira kerana Umar begitu sayang akan dirinya.

Suatu pagi, Nurin mengalami sakit kepala dan sering muntah-muntah. Apabila bertemu doktor, Nurin disahkan mengandung dan dia mula panik sama ada kandungannya itu anak Umar atau Eddie. Sementara itu, berita mengenai kehamilan Nurin itu turut diketahui oleh Eddie. Selepas itu, Eddie terus membuat rancangan jahatnya untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di antara dia dan Nurin serta kemungkinan anak yang dikandung itu adalah anaknya. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Anak siapakah yang dikandung oleh Nurin? Mampukah rumahtangga Umar dan Nurin bertahan hingga ke akhirnya?

WASILAH CINTA

WASILAH CINTA
PENERBIT : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PENGARAH : Murali Abdullah
TARIKH: AKAN DATANG
PELAKON : Zamarul Hisham (Azman), Jasmin Hamid (Zaiton), Lisdawati (Aisyah), Syatilla Melvin (Maisara), Azrel Ismail (Hisyam), Aishah Ilias (Qistina), Syazwan Zulkifli (Shahrol), Aleza Shahdan (Ramlah), Othman Basri (Zaim) dan Zaid Zahari (Dr. Kamal)




SINOPSIS WASILAH CINTA

Wasilah Cinta mengisahkan Azman lakonan Zamarul Hisham dan isterinya Zaiton (Jasmin Hamid) yang hidup bahagia di samping tiga anak mereka, Maisara (Syatilla Melvin), Hisyam (Azrel Ismail) dan Redzuan.

Sikap penyayang dan kejayaan Azman dalam perniagaan menjadikan dia idola di mata keluarganya.

Bagaimanapun, kebahagiaan yang melimpahi Azman sekeluarga tidak berpanjangan apabila dia ditimpa penyakit berbahaya. Kejadian bermula apabila pada satu hari ketika serius bekerja di pejabat, Azman merasakan saraf tunjangnya begitu sakit dan kesan kesakitan itu mencengkam bahagian depan kepala.

Selepas menjalani pemeriksaan, Azman disahkan menghidap kanser tahap empat. Bagaimanapun, demi kebahagiaan dan kegembiraan keluarganya, Azman mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga.


Azman tidak sanggup melihat isteri dan anak-anak menderita. Seboleh mungkin, Azman cuba menyembunyikan penyakitnya dan berlagak seperti biasa ketika di rumah.

Bagaimanapun, Zaiton dapat mengesan perubahan pada Azman. Zaiton mula mendesak untuk mengetahui masalah yang sedang dihadapi Azman, namun Azman hanya memberi alasan dalam usia tua sepertinya sekarang, dia perlu banyak muhasabah diri dan memohon keampunan daripada Allah.

Zaiton yang tidak berpuas hati, berbincang dengan anak-anak mengenai perubahan sikap Azman. Reaksi anak-anak dan isteri menyebabkan Azman semakin tertekan. Dia sedar Zaiton dan anak-anak begitu menyayanginya, tetapi Azman tidak mempunyai kekuatan untuk berterus terang.

Namun, kebahagiaan keluarganya bergolak sejak Azman bertemu semula Aisyah (Lisdawati) yang juga rakan baiknya ketika di kampung dulu. Aisyah yang kematian suami sejak 10 tahun lalu terpaksa membawa teksi untuk menyara dua anaknya.

Dalam kebingungan itu, Azman meluahkan kemelut yang dihadapinya kepada Aisyah. Aisyah bersimpati dan menasihati Azman berterus terang dengan keluarga tetapi Azman tetap dengan pendiriannya tidak sanggup melihat keluarganya menderita kerana dia.

Tindakan Azman merahsiakan perkara itu mula menimbulkan perasaan curiga dan salah faham kepada keluarganya sendiri sehingga membuatkan dia membawa diri.