IRON MAN 3




IRON MAN 3
PENGARAH: Shane Black
BAHASA: English
GENRE: Action, Fiction, Adventure
MULA TAYANGAN: 26 Apr 2013
PENGEDAR: WALT DISNEY PICTURES
PELAKON: Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Ben Kingsley, Guy Pearce, Rebecca Hall, James Badge Dale, Jon Favreau



SINOPSIS IRON MAN 3
Filem ketiga siri 'Iron Man' ini diarah oleh Shane Black. Robert Downey Jr. kembali berlakon sebagai kaki perempuan yang kaya dan memakai sut besi sebagai Iron Man untuk menyelamatkan dunia. Selepas peristiwa yang berlaku di filem 'Iron Man' yang kedua, Tony Stark kini bertarung dengan kuasa jahat bersama kawan baiknya, Lt. Col. James Rhodes atau War Machine.

Tony Stark mengembara untuk mencari orang yang bertanggungjawab memusnahkan dunia peribadinya. Pengembaraan ini akan sentiasa mencabar keberaniannya. Tony Stark menjadi terdesak untuk melindungi orang tersayangnya dengan naluri, kepintaran dan alatnya. Tony Stark mempunyai satu soalan yang sentiasa menghantuinya: adakah manusia yang membina sut atau sut yang menjadi manusia?

Dalam usaha mencari mereka yang terlibat, beliau menghadapi pelbagai dugaan serta rintangan yang menguji kecekalan beliau. Apakah yang akan berlaku seterusnya kepada Tony Stark?

Berjayakah beliau menerima dugaan yang di hadapinya..?