JALAN JALAN CARI MAKAN 2013

JALAN JALAN CARI MAKAN 2013
HARI: setiap Ahad,
MASA: 12.00 tengahari,
MULAI: 7 April 2013.



SINOPSIS JALAN JALAN CARI MAKAN 2013
JJCM musim baru ini juga mengembalikan hos JJCM iaitu Qushairi Mohammed Razali atau lebih mesra dengan panggilan Qi Razali, di samping pengisian baru menerusi segmen menarik seperti ‘Siapa Punya’, ‘Siapa Itu?’, ‘Singgah’ dan ‘Lain Macam’.

Setiap episod mingguan JJCM akan menemui penonton dengan pelbagai segmen yang menarik untuk diingati. Antara segmen yang menjadi tumpuan para penonton ialah segmen ‘Siapa Punya?’ yang memberi peluang kepada peminat rancangan JJCM untuk mencadangkan tempat-tempat makan yang menarik menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM.

Masih mengekalkan segmen bersama artis dan personaliti jemputan iaitu segmen ‘Siapa Itu?’ untuk menemani Qi Razali menikmati juadah yang lazat dan memeriahkan lagi JJCM ini. Saksikan gelagat artis atau selebriti popular yang akan memeriahkan program JJCM musim ini seperti Nelydia Senrose, Ila Damia, Suki, Monoloque, Yana Samsudin, Taiyuddin Bakar, Adira, Shuib Sepahtu dan ramai lagi.

JJCM musim terbaru ini juga turut menyelitkan destinasi selera seperti warung dan gerai menerusi segmen ketiga, ‘Singgah’. Menarik mengenai segmen ini, pihak produksi JJCM akan mengunjungi warung dan gerai yang jarang diketahui ramai.


Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir JJCM, ‘Lain Macam’ yang akan memaparkan kedai makanan yang unik yang lain daripada kebiasaan seperti konsep dan dekorasi restoran serta makanan.


Gelagat Qi yang bersahaja dalam menunjukkan bakat memasak di dapur pasti menarik perhatian penonton untuk mencuba pelbagai resepi istimewa setiap restoran yang dikunjungi. Qi yang sememangnya seorang ‘kaki makan’ pasti membangkitkan selera setiap mata yang menonton JJCM.