• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

EKSPEDISI CINTA (TV1)

EKSPEDISI CINTA (TV1)
SLOT: Panggung 1
TARIKH: 29 Jun 2013,
MASA: 2.05 petang
PELAKON: Shahrizal Jaszle, Lia Natalia, Zarynn Min, Jasmin Hamid, Marlin Malalin, Hafizuddin dan Troy



SINOPSIS EKSPEDISI CINTA (TV1)
mengisahkan Hadif Anaqi, anak kepada Datuk Malek dan Datin Jasmin, ahli perniagaan yang berjaya. Hadif mempunyai seorang kakak sulung, Malisa. Perbezaan sikap Malisa dan Hadif jelas ketara namun mereka tetap akrab. Hadif sering menggunakan Malisa sebagai orang tengah meminta apa saja kemahuan yang diinginkannya. Hadif adalah anak yang terlalu manja dan sentiasa mahukan kesenangan dalam hidupnya sementara Malisa telah diajar cara-cara berdikari dan berdisplin sejak dari kecil lagi. Malisa lebih lemah lembut dan bersopan santun, mirip Datin Jasmin.


Hadif yang baru pulang melanjutkan pelajaran di luar negara masih berterusan dengan sikap suka berhibur dan nakal. Saban hari ada saja perkara yang membuatkan Datuk Malek dan Datin Jasmin hampir hilang pertimbangan melihat ataupun mendengar perilaku anaknya itu dan lebih membimbangkan mereka bila saban hari ada saja anak gadis yang datang membuat aduan mengenai diri mereka yang dipermainkan oleh Hadif.

Memikirkan sikap Si Hadif yang sudah tidak boleh dikawal lagi, Datin Jasmin telah mencadangkan pada suaminya supaya mencarikan jodoh yang tepat buat Hadif. Dengan cara itu diharapkan Hadif dapat belajar bertanggungjawab dan berdikari dalam membangunkan keluarganya sendiri selain menggelakkan ramai lagi gadis bakal dianiaya Hadif.

Maka Datuk Malek dan Datin Jasmin telah membuat perjanjian dengan Hadif mengenai perkara itu. Mereka telah menyuruh Hadif mencari jodoh dan berkahwin dengan gadis yang dipilihnya dalam masa sebulan. Jika tidak, segala kemewahan yang Hadif kecapi sekarang akan ditarik balik. Selain itu, ikatan perkahwinan yang dibina mestilah lebih dari setahun dan jika lebih, Hadif akan mendapat apa saja yang dimahukannya. Ini bagi meyakinkan mereka bahawa Hadif tidak mengambil kesempatan dan benar-benar bahagia dengan pilihan hatinya sendiri.

Hadif semakin bingung memikirkan perkara itu. Ini kerana Hadif langsung tidak menemui gadis yg benar-benar dia suka kerana bagi nya semua gadis yang mahu bersamanya adalah semata-mata kerana wang ringgit. Maka pada Malisa lah tempat Hadif meluahkan rasa. Malisa juga simpati dan tidak menyangka keputusan dibuat ibubapanya terlalu drastik. Bagi Hadif dia langsung tidak bersedia untuk berkahwin tambahan Malisa sendiri masih belum bertemu jodohnya.

Tiba-tiba Hadif dikejutkan dengan tiket kapal terbang ke Sabah. Malisa memberikannya idea gila supaya Hadif melarikan diri buat seketika supaya ibubapanya rasa bersalah terhadap pemergian Hadif. Hadif teruja tambahan dia memang suka melancong dan segala urusan telah dibuat oleh Malisa sendiri. Tanpa berfikir panjang, Hadif bersetuju.

Keesokkan harinya, Datin Jasmin dan Datuk malek terkejut mendengar berita mengenai Hadif yang telah menghilangkan diri. Bagi Hadif pula, pemergian itu adalah titik permulaan masalah yang menimpanya. Ini kerana, dia terkejut bila Damek, lelaki Sabah yang diupah kakaknya telah membawanya ke sebuah perkampungan kecil di, Samporna. Segala bayangan tempat percutian yg bakal di rasainya jelas berbeza. Damek memaklumkan Malisa telah mengarahkannya menghantar Hadif disitu dan belum sempat untuk bertanya lebih, Damek telah pergi.

Hadif ditinggalkan di perkampungan itu sendiri. Hadif cuba menghubungi Malisa namun gagal dihubungi. Hadif mula runsing bila perkara itu berlarutan beberapa hari memandangkan duit nya semakin berkurangan. Malisa telah berjanji akan memasukkan duit setibanya dia disana namun semuanya tidak menampakkan tanda-tanda. Hampir seminggu Hadif cuba mendapatkan ahli keluarganya yang lain namun juga gagal. Semua no telefon tiada dalam perkhidmatan. Hadif tak ada pilihan lain selain terpaksa berjimat cermat menggunakan wang ringgitnya.

Sehinggalah satu hari, dia bertemu secara tidak sengaja dengan Erina, gadis Sabah yang berasal dari kampung disitu. Pertemuan yang pertama jelas tidak disukai Erina yg menganggap Hadif anak kota yg kurang ajar. Hadif masih dengan egonya. Namun secara perlahan-lahan Erina mula simpati dengan Hadif. Sejak itu, Erina mula mendekati Hadif. Permulaan masih menunjukkan sikap jual mahal Hadif terhadap Erina. Hadif juga pernah hampir dituduh mahu mencuri wang hasil tangkapan laut orang kampung namun berjaya diselamatkan Erina. Hakikatnya, hadif memang mahu mencuri sebab terdesak nak cari duit tiket kapal terbang baliknya.

Pelbagai adegan lucu berlaku terutama apabila melihat kesusahan Hadif yg tidak biasa dengan kehidupan sebagai anak kampung disitu. Pelbagai perkara terpaksa dilakukan Hadif bagi menampung hidupnya yang tiada siapa tahu bila dia akan berjaya dapat pulang ke KL semula. Dia terpaksa berbaik dengan Erina kerana terhutang budi namun dihati kecil dia tetap mahu menggunakan Erina bagi melepaskan dirinya. Akhirnya bibit-bibit cinta mereka mula berputik sejak Hadif menyelamatkan Erina yang hampir lemas di pantai. Lalu apakah kesudahan kisah cinta mereka berakhir dengan berita gembira?

TANAH MERAH (1 - 13 TAMAT)

TANAH MERAH (NTV7)
GENRE: penyiasatan,
MULAI: 4 April,
MASA: 8.30 malam.
PELAKON: Aishah Hoo, Hakim Yazid, Nazeera Sardi ,Norman Hakim, Wan Raja dan ramai lagi,



DOWNLOAD TANAH MERAH
Tanah Merah Episod 01 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 02 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 03 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 04 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 05 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 06 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 07 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 08 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 09 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 10 = DOWNLOAD 6/6
Tanah Merah Episod 11 = DOWNLOAD 13/6
Tanah Merah Episod 12 = DOWNLOAD
Tanah Merah Episod 13 (TAMAT) = DOWNLOAD
kretif: kepalabergetar



SINOPSIS TANAH MERAH (NTV7)
Tanah Merah mengisahkan tentang seorang wartawan jenayah, Johanna (Aishah Hoo), yang begitu berdedikasi dalam tugasnya dan sentiasa mempunyai rasa ingin tahun mengenai sesuatu perkara.

Memandangkan tugasnya mengharuskan dia untuk melaporkan tentang jenayah yang berlaku, sifat ingin tahunya mendorong Johanna untuk turut serta menyiasat kes tersebut.

CIKGU KEMISAH KIRBY 2 (TV2)

CIKGU KEMISAH KIRBY 2 (TV2)
MULAI: 19 Jun
HARI: setiap Rabu,
MASA: 9.00 malam
EPISOD: 26 episod
PELAKON: Liza Othman, Ako Mustafa, Shahrolnizam, Linda Hashim, Zul Ariffin, Maria Farida dan Jufri Rayyan Willliam.



SINOPSIS CIKGU KEMISAH KIRBY 2 (TV2)
Kisahnya bermula dengan Kemisah yang susah hati mengenangkan tingkahlaku anak-anaknya, Adi yang menuduh dia melebihkan anaknya yang seorang lagi bernama Amri. Sementara itu Bedah tetap dengan sikapnya yang suka menghasut Amri supaya memusuhi ibunya sendiri.

Kemisah kemudiannya ditawarkan menjadi tenaga pengajar jemputan berkaitan ilmu tekat oleh seorang pensyarah kolej. Namun Kemisah sentiasa dilanda kesedihan mengenangkan sikap anak-anaknya termasuk Adi dan Almas yang sibuk dengan urusannya sendiri. Sementara Anis pula jarang bertanyakan khabar. Mujur ada Nyonya Kim yang sudi mendengar luahan hatinya.

Bedah pula tidak sudah-sudah untuk mengganggu hidup Kemisah. Dia menuduh Kemisah dan anaknya, Almas yang cuba mempengaruhi fikiran anaknya, Dini supaya tidak berkahwin dengan Nizam. Hakikatnya Nizam bukanlah lelaki sebaik yang disangka oleh Bedah selama ini. Namun dia bijak berpura-pura di depan bakal mentuanya itu.

Dalam diam Kemisah mahu Almas menerima semula Jerome, yang sudah pun memeluk Islam. Jarome memutuskan tinggal di kampung mereka dan belajar ilmu silat selain mahu menyumbang bakti mengajar ilmu komputer kepada anak-anak kampung yang berminat. Begitupun Almas bersikap dingin terhadap Jarome.

Kemunculan Asmadi, bekas mat rempit yang lama menghilangkan diri mengejutkan orang kampung termasuk bapanya, Deraman. Mujur Deraman mahu menerima Asmadi dan sedia membimbing anaknya untuk kembali ke jalan yang benar. Bedah tidak ketinggalan cuba menghasut orang kampung supaya tidak menerima Asmadi yang mahu mengubah sikapnya.

Asmadi kemudiannya jatuh cinta dengan Almas dan nekad mahu memiliki gadis impiannya itu. Tetapi hasratnya tidak semudah itu tertunai kerana hubungan itu ditentang oleh dua abang dan kakak Almas walaupun Kemisah tiada halangan dengan hubungan itu. Deraman pula tetap meyakinkan anaknya kalau dah jodoh tidak ke mana.

Sementara itu Jarome pula berniat mengahwini Dini atas sebab mahu menjaga maruah gadis itu. Bedah terkejut. Begitu juga dengan yang lainnya. Majlis perkahwinan Asmadi dan Almas tetap ingin diteruskan. Namun Asmadi kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan kampung semata-mata tidak mahu Almas dipinggirkan selepas ini oleh adik-beradik kandungnya. Tanpa diduga juga, Deraman pula mahu menikahi Bedah yang telah berubah atas nasihat Kemisah.

EPILOG CINTA KHIRANA (1 - 16 TAMAT)

EPILOG CINTA KHIRANA (TV3)
SLOT: Samarinda
EPISOD: 16 episod
MULAI: 10/4/2013 (Telah ditunda ke bulan 5)
MASA: 10 Malam
HARI: hari selasa hingga khamis
PENGARAH: Azmi Hatta
NOVEL: Novel Mencari Jalan Ke Syurga
LAGU TEMA OST: Cinta Sesungguhnya (Sabhi Saddi)
PELAKON: Tasha Shilla (Dayang Khirana), Nazim Othman (Shahrul Azwan), Aliff Aziz (Sharqir Ikhwan), Fiza Halim (Zulaikha), Arash Mohamad (Dato’ Shamsul Ariffin),Raja Ilya (Eugene), Izati Abdullah (Rozana), Wan Shades (Pak Lang Daud), Raja Ema (Mak Lang Rabiah), Hairi Safwan (Luqman).



DOWNLOAD EPILOG CINTA KHIRANA (TV3)
Epilog Cinta Khirana Episod 01 = DOWNLOAD 22/5
Epilog Cinta Khirana Episod 02 = DOWNLOAD 23/5
Epilog Cinta Khirana Episod 03 = DOWNLOAD 28/5
Epilog Cinta Khirana Episod 04 = DOWNLOAD 29/5
Epilog Cinta Khirana Episod 05 = DOWNLOAD 30/5
Epilog Cinta Khirana Episod 06 = DOWNLOAD 4/6
Epilog Cinta Khirana Episod 07 = DOWNLOAD 5/6
Epilog Cinta Khirana Episod 08 = DOWNLOAD 6/6
Epilog Cinta Khirana Episod 09 = DOWNLOAD 11/6
Epilog Cinta Khirana Episod 10 = DOWNLOAD 12/6
Epilog Cinta Khirana Episod 11 = DOWNLOAD 13/6
Epilog Cinta Khirana Episod 12 = DOWNLOD 18/6
Epilog Cinta Khirana Episod 13 = DOWNLOAD 19/6 
Epilog Cinta Khirana Episod 14 = DOWNLOAD 20/6
Epilog Cinta Khirana Episod 15 = DOWNLOAD 24/6
Epilog Cinta Khirana Episod 16 (TAMAT) = DOWNLOAD 25/6
Kredit: kepalabergetar, FB pereka cerita

SINOPSIS EPILOG CINTA KHIRANA (AKHIR)
Khirana dikejarkan ke hospital dalam keadaan yang kritikal. Shahrul Azwan merasa menyesal kerana dia tidak sempat untuk mengakui cintanya pada Khirana kerana egonya yang tinggi. Dia juga takut akan kehilangan wanita itu buat selama-lamanya.





SINOPSIS EPILOG CINTA KHIRANA (TV3)
Pada 2 tahun lepas, sebuah kemalangan jalan raya telah meragut nyawa Dato’ Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya cedera parah dan koma selama 2 tahun. Selepas dia sedar dari koma, dia telah hilang ingatannya. Kini, dia mulakan kehidupan baru dan bekerja di sebuah butik.

Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan maut itu. Shahrul Azwan telah mempergunakan Eugene untuk menyakiti hati Khirana. Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan sikapnya yang sebenar.

Justeru, Shahrul Azwan telah memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana tetapi hanya mahu menakutkannya. Shahrul Azwan tersentak dengan tindakan Khirana yang berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar meninggalkan Khirana menangis sendirian di bilik hotel.
Pada masa yang sama, kesihatan isteri kepada arwah Dato’ Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya. Dia berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila dia bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu.

Suatu hari, Khirana telah menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang oleh tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa tingginya telah merempuh ketiga-tiga lelaki tersebut. Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu. Kadang-kala dia muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia telah menyelamatkan dia.

Khirana mula merasakan ada sesuatu tentang sejarah silamnya yang mengundang pelbagai persoalan. Dia mendesak Ros Azura dan Rozanna untuk menceritakan kisah silamnya dan apakah hubungannya dengan Datuk Shamsul Ariffin yang pernah disebut oleh Shahrul Azwan. Rozanna dengan tidak sengaja telah membuka kisah silam dirinya yang tidak seindah yang disangkakannya. Khirana merupakan bekas model yang sanggup melakukan apa saja demi wang, malah dia juga seorang pemabuk dan penggoda. Yang paling mengejutkannya, Dato’ Shamsul Ariffin terkorban dalam kemalangan dua tahun lepas. Sejauh mana hubungannya dengan Dato’ Shamsul masih menjadi rahsia.
Shahrul Azwan mempersoalkan adiknya, Sharqir Ikhwan tentang wang syarikat yang lesap dan menuduh adiknya yang bertanggungjawab. Sharqir Ikhwan tegas menafikannya. Malah Sharqir Ikhwan juga mengingatkan Shahrul Azwan agar tidak lupa pada dendamnya terhadap Khirana. Sharqir Ikhwan mengaku telah memulakan langkahnya untuk ke arah itu. Shahrul Azwan sudah mengesyaki kejadian Khirana diganggu tempoh hari adalah perbuatan adiknya sendiri.

Khirana bersemuka dengan Shahrul Azwan untuk menyelesaikan persoalan di antara mereka. Dia mengaku bahawa kemungkinan besar dia memang mengenali arwah abangnya namun dia sendiri tidak tahu sejauh mana hubungan tersebut selagi ingatannya tidak kembali. Shahrul Azwan ingin bersikap adil. Dia menawarkan dirinya untuk membantu Khirana merawat penyakitnya sehingga pulih. Khirana tidak ada pilihan lain selain menerima tawaran tersebut demi untuk membersihkan namanya. Apakah kebenaran akhirnya akan terbongkar?

LULUHNYA SEBUAH IKRAR (DOWNLOAD)

LULUHNYA SEBUAH IKRAR (TV9)
MENGGANTIKAN DRAMA: Kerana Lelaki Itu
SLOT: Ratu
MASA: 8.30 malam
MULAI: 6 Mei 2013
EPISODE :
HARI: Setiap isnin dan selasa
PELAKON: Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin dan Ruzana Ibrahim



 DOWNLOAD LULUHNYA SEBUAH IKRAR
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 01 =DOWNLOAD
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 02 = DOWNLOAD
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 03 = DOWNLOAD
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 04 = DOWNLOAD
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 05 = DOWNLOAD 21/5
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 06 = DOWNLOAD 27/5
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 07 = DOWNLOAD 28/5
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 08 = DOWNLOAD 3/6
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 09 = DOWNLOAD 4/6
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 10 =DOWNLOAD  10/6
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 11 = DOWNLOAD11/6
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 12 = DOWNLOAD 17/6
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 13 = DOWNLOAD 18/6 
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 14 = DOWNLOAD 25/6
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 15 = Sabar itu indah jika kita faham 
Luluhnya Sebuah Ikrar Episod 16 = Sabar itu indah jika kita faham 
Kredit: jiwang, Kepalabergetar


SINOPSIS LULUHNYA SEBUAH IKRAR (TV9)
Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat.

Pada mulanya, niat Yati hanya mahu menumpukan pada latihan praktikal dan fokus dengan masa hadapannya.

Tetapi apabila Shahrul tidak henti menunjukkan kesunggahan untuk menawan hatinya, Yati jatuh cinta pada kelembutan dan karisma yang ditunjukkan Shahrul. Shahrul telah diperkenalkan kepada kedua ibu bapa Yati dan mereka menyenangi Shahrul.

Apabila tiba giliran Shahrul untuk memperkenalkan Yati kepada keluarganya, kehadiran Yati langsung tidak disenangi. Kerana cinta, Shahrul tekad untuk mengahwini Yati walaupun tidak mendapat restu ibu bapanya.


Namun malang menimpa Yati apabila dia telah dirogol sebelum hari pernikahannya.

Adakah Shahrul masih setia dengan ikrar cintanya pada Yati?

1 LAWAN 1

1 LAWAN 1
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 27 Jun 2013
PENGEDAR: METROWEALTH
PENGARAH: Pierre Andre
PELAKON: Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre, Fyza Kadir, Along Eyzendy



SINOPSIS 1 LAWAN 1
Setiap pahlawan ada ceritanya… Begitu juga SALEH dan RADHI, dua orang ‘pahlawan’ yang berasal daripada latar belakang dan dunia yang berbeza namun berjumpa dan bertempur dalam satu arena.

SALEH dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya. Kehilangan adiknya, SALEHA telah menyebabkan ayahnya melepaskan SALEH pergi untuk membawanya pulang semula ke pangkuan keluarga mereka.

Berbeza dengan hidup RADHI yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, SARA yang sedang sakit tenat. RADHI boleh menahan sebarang hentakan pada badannya asalkan duit sebanyak RM50 ribu berjaya dikumpulnya demi pembedahan SARA.

Kehadiran SALEH ke Bandar telah menemukannya dengan NORA, kawan kepada SALEHA. Namun SALEHA masih tidak ditemui. NORA dengan rela hati membantu SALEH mencari SALEHA sehingga jumpa.

Ketangkasan dan keazaman RADHI telah menyebabkan OMAN, mengupahnya untuk berlawan untuknya. RADHI yang terdesak kerana memikirkan keadaan SARA menerima tawaran OMAN. Perjalanan SALEH dalam mencari SALEHA juga membawanya kepada OMAN yang telah membeli SALEHA dan mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur jika SALEH melawan.

Tanpa mereka sedari, SALEH dan RADHI telah digunakan oleh OMAN untuknya mengaut keuntungan dalam perlawanan Malaysian Super Fighter 2012. Satu demi satu perlawanan terpaksa RADHI dan SALEH hadapi demi menyelamatkan nyawa adik masing – masing.

Takdir menentukan yang dua orang pahlawan hebat ini bertemu di satu arena. Setiap tumbukan dan sepakan yang mereka terima akan menentukan nasib SALEHA dan SARA. Namun mereka sedikit pun tidak berputus asa dan berlawan sehabis mungkin.

DESPICABLE ME 2 (2013)


DESPICABLE ME 2 (2013)
GENRE: Komedi / Animasi / Kekeluargaan
TAYANGAN: 4 Julai 2013
PENGARAH: Chris Renaud, Pierre Coffin
PELAKON: Steve Carell, Miranda Cosgrove, Elsie Fisher, Dana Gaier, Russell Brand, Kristen Wiig, Benjamin Bratt, Moises Arias, Steve Coogan, Ken Jeong, Pierre Coffin, Chris Renaud




SINOPSIS DESPICABLE ME 2 (2013)

Kali ini, cerita bermula dengan kehidupan Gru (suara oleh Steve Carell) sebagai seorang ayah, membesarkan tiga tanggungan kecilnya - Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier) dan Agnes (Elsie Fisher).

Sejak meninggalkan kerjayanya sebagai seorang penjenayah, Gru kini terpaksa menyara keluarganya dengan menghasilkan jeli dan jem buatan sendiri. Tetapi perniagaannya gagal menjana sebarang keuntungan apabila hasilnya kurang enak untuk dimakan.

Dalam kepeningan Gru memikirkan bagaimana hendak mencari nafkah buat keluarganya, dia didatangi sebuah organisasi rahsia yang dikenali sebagai Anti-Villain League dengan tawaran untuk menyertai mereka dalam usaha menentang kejahatan. Ini kerana tiada calon yang paling sesuai untuk membanteras kejahatan kecuali seorang bekas penjahat.

Berpasangan dengan Lucy Wilde (Kristen Wiig), Gru bertanggungjawab menjejak penjenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Pada masa yang sama, Gru terpaksa menyelesaikan masalah yang berdepan setiap ayah - Agnes yang dambakan kehadiran seorang ibu dalam keluarga mereka, Edith yang sebenarnya kecewa Gru sudah meninggalkan kehidupan jenayahnya dan Margo yang mula memberi perhatian pada budak lelaki.


AKU BUKAN MALAIKAT (DOWNLOAD)

AKU BUKAN MALAIKAT (TV3)
SLOT: Cerekarama
HARI: Sabtu
TARIKH: 22 Jun 2013
MASA: 10 Malam
PELAKON: Beto Kusyairy, Datin Paduka Umie Aida, Elfira Loy



DOWNLOAD AKU BUKAN MALAIKAT
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS AKU BUKAN MALAIKAT (TV3)
Mardiah nekad untuk mengubah kehidupannya dengan berhijrah ke Kuala Lumpur. Mimpi ngerinya bemula bila berkenalan dengan lelaki negro,Duke

GERILAPROJECT (TV9)

#GERILAPROJECT (TV9)
HARI: setiap Sabtu dan Ahad
MASA: 7.30 malam



SINOPSIS GERILAPROJECT (TV9)

Program realiti #gerilaproject akan mengikuti perjalanan band Go Gerila! menghadapi dan melangkah ke hadapan dalam dunia muzik tanah air.

Go Gerila! adalah projek band yang dilahirkan melalui program Versus musim pertama. Misi band ini adalah melangkaui jangkaan dalam impian besar mereka iaitu mengubah seni muzik tanah air.

Bermula pada 8 Jun lepas, #gerilaproject mula bersiaran selama 30 minit. Program tujuh episod ini akan memaparkan kisah `orang kuat' di sebalik nama Go Gerila! iaitu Aizat Amdan, Amir Jahari, Anas, Pito, Ruvi dan Ashrof dalam perjalanan muzik mereka selepas konfrontasi terakhir Versus musim pertama.


Langkah Go Gerila! bermula dengan perbincangan mengenai impian dan misi mereka untuk 2013. Perancangan teliti dilakukan dari segi pembikinan sehingga ke publisiti untuk menghasilkan album milik Go Gerila!. Bagi membantu mereka dalam penghasilan lagu, mereka mencari inspirasi daripada pelbagai pengalaman hidup mereka sendiri.

#Gerilaproject juga tidak ketinggalan dalam memaparkan band Go Gerila! berhadapan tekanan kesuntukan masa menghasilkan album mereka. Untuk album sulung mereka, mereka akan berkolaborasi bersama nama besar dalam industri muzik tanah air iaitu Amy Search dan Loque.

Episod #gerilaproject juga akan menyiarkan persiapan mereka untuk persembahan jemputan di Australia. Ternyata Go Gerila! mencipta sejarah tersendiri dalam kehidupan muzik mereka apabila bakal membuat persembahan di luar negara.

Bagaimana mereka merancang perjalanan seni mereka? Apakah mereka berjaya menghasilkan album mereka dalam masa yang ditetapkan? Ini adalah kisah mereka, ini adalah #gerilaproject.

WORLD WAR Z



WORLD WAR Z
TAYANGAN: 20 June 2013
BAHASA: English
SUBTITLE: Malay / Chinese
GENRE: Action / Drama / Horror
PENGARAH: Marc Forster
PELAKON: Brad Pitt, Mireille Enos and David Morse



SINOPSIS WORLD WAR Z

Filem ‘World War Z’ bermula pada satu hari yang biasa, seperti hari-hari yang lain. Seperti biasa, Gerry Lane dan keluarganya mendapati diri mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.


Namun, sebagai seorang bekas penyiasat United Nations, Lane dapat merasakan ini bukan kesesakan jalan biasa. Kedengaran bunyi helikopter berterbangan di udara ditambah pula dengan bunyi bingit siren polis. Ia sebenarnya petanda bahawa keadaan sudah mula huru-hara.

Satu virus sedang pantas merebak. Mangsa yang digigit akan bertukar dari manusia biasa kepada sesuatu yang liar dan tidak dikenali. Mereka ini kemudiannya akan bertindak menyerang orang lain.

Asal usul virus tersebut tidak diketahui tetapi bilangan yang dijangkiti dengan virus ini bertambah pada kadar yang membimbangkan. Sehinggakan mengatasi pihak tentera di serata dunia dan membawa kepada kemusnahan kerajaan.

Lane terpaksa kembali kepada kehidupan lalunya untuk memastikan keselamatan keluarganya. Dia perlu mencari punca wabak itu dan cara menghentikan penyebarannya.