AFTER EARTH (2013)

AFTER EARTH (2013)
TAYANGAN: 06 Jun 2013
GENRE:Science Fiction
DURASI: 95 minutes
PENGARAH:M. Night Shyamalan
PELAKON:Jaden Smith, Will Smith



SINOPSIS AFTER EARTH (2013)
After Earth mengisahkan hubungan antara bapa dan anak di dalam subjek sains fiksyen yang diangkat sebagai konsep keseluruhan filem ini. Berlatarkan dunia 1,000 tahun lalu di mana bumi sudah kosong dan tiada manusia selepas hancur angkara perbuatan manusia sendiri.

Kononnya Jeneral Cypher Raige lakonan Will terlalu sibuk dengan tanggungjawabnya dan mengikat disiplin selaku tentera dalam membesarkan anaknya sendiri, Kitai Raige (Jaden) hingga membuatkan hubungan mereka renggang.


Ketika pulang ke rumah bertemu isteri dan anaknya, Raige mendapat arahan menghantar makhluk asing ke pusat tahanan di sebuah planet lain. Kerana hubungannya dengan Kitai kurang akrab, Raige mengajak Kitai turut serta agar mereka dapat habiskan masa bersama.

Namun perjalanan mereka ke planet itu terkandas selepas kapal angkasa yang membawa mereka terhempas di bumi. Kapal angkasa berkenaan hancur dan semua penumpang dan anak kapalnya mati kecuali Raige dan Kitai.

Bagaimanapun, Raige mengalami kecederaan teruk apabila tulang pehanya patah menyebabkannya gagal bergerak. Satu-satunya cara untuk berhubung dengan planet mereka adalah melalui alat komunikasi untuk memberi isyarat bantuan.

Tapi alat itu tersadai sejauh 100 kilometer di bangkai pesawat dan Raige tidak mampu mendapatkannya berikutan kecederaannya itu. Lantas dia bergantung harap kepada Kitai bagi mendapatkan alat bantuan itu.

Kitai mengembara berseorangan sejauh 100 kilometer dengan bantuan bapanya yang memantau melalui sistem kamera dilekat padanya. Tapi cabarannya adalah Kitai terpaksa berdepan pelbagai hidupan bumi yang berbahaya dan ingin membunuh manusia.