CIKGU KEMISAH KIRBY 2 (TV2)

CIKGU KEMISAH KIRBY 2 (TV2)
MULAI: 19 Jun
HARI: setiap Rabu,
MASA: 9.00 malam
EPISOD: 26 episod
PELAKON: Liza Othman, Ako Mustafa, Shahrolnizam, Linda Hashim, Zul Ariffin, Maria Farida dan Jufri Rayyan Willliam.



SINOPSIS CIKGU KEMISAH KIRBY 2 (TV2)
Kisahnya bermula dengan Kemisah yang susah hati mengenangkan tingkahlaku anak-anaknya, Adi yang menuduh dia melebihkan anaknya yang seorang lagi bernama Amri. Sementara itu Bedah tetap dengan sikapnya yang suka menghasut Amri supaya memusuhi ibunya sendiri.

Kemisah kemudiannya ditawarkan menjadi tenaga pengajar jemputan berkaitan ilmu tekat oleh seorang pensyarah kolej. Namun Kemisah sentiasa dilanda kesedihan mengenangkan sikap anak-anaknya termasuk Adi dan Almas yang sibuk dengan urusannya sendiri. Sementara Anis pula jarang bertanyakan khabar. Mujur ada Nyonya Kim yang sudi mendengar luahan hatinya.

Bedah pula tidak sudah-sudah untuk mengganggu hidup Kemisah. Dia menuduh Kemisah dan anaknya, Almas yang cuba mempengaruhi fikiran anaknya, Dini supaya tidak berkahwin dengan Nizam. Hakikatnya Nizam bukanlah lelaki sebaik yang disangka oleh Bedah selama ini. Namun dia bijak berpura-pura di depan bakal mentuanya itu.

Dalam diam Kemisah mahu Almas menerima semula Jerome, yang sudah pun memeluk Islam. Jarome memutuskan tinggal di kampung mereka dan belajar ilmu silat selain mahu menyumbang bakti mengajar ilmu komputer kepada anak-anak kampung yang berminat. Begitupun Almas bersikap dingin terhadap Jarome.

Kemunculan Asmadi, bekas mat rempit yang lama menghilangkan diri mengejutkan orang kampung termasuk bapanya, Deraman. Mujur Deraman mahu menerima Asmadi dan sedia membimbing anaknya untuk kembali ke jalan yang benar. Bedah tidak ketinggalan cuba menghasut orang kampung supaya tidak menerima Asmadi yang mahu mengubah sikapnya.

Asmadi kemudiannya jatuh cinta dengan Almas dan nekad mahu memiliki gadis impiannya itu. Tetapi hasratnya tidak semudah itu tertunai kerana hubungan itu ditentang oleh dua abang dan kakak Almas walaupun Kemisah tiada halangan dengan hubungan itu. Deraman pula tetap meyakinkan anaknya kalau dah jodoh tidak ke mana.

Sementara itu Jarome pula berniat mengahwini Dini atas sebab mahu menjaga maruah gadis itu. Bedah terkejut. Begitu juga dengan yang lainnya. Majlis perkahwinan Asmadi dan Almas tetap ingin diteruskan. Namun Asmadi kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan kampung semata-mata tidak mahu Almas dipinggirkan selepas ini oleh adik-beradik kandungnya. Tanpa diduga juga, Deraman pula mahu menikahi Bedah yang telah berubah atas nasihat Kemisah.