GERILAPROJECT (TV9)

#GERILAPROJECT (TV9)
HARI: setiap Sabtu dan Ahad
MASA: 7.30 malam



SINOPSIS GERILAPROJECT (TV9)

Program realiti #gerilaproject akan mengikuti perjalanan band Go Gerila! menghadapi dan melangkah ke hadapan dalam dunia muzik tanah air.

Go Gerila! adalah projek band yang dilahirkan melalui program Versus musim pertama. Misi band ini adalah melangkaui jangkaan dalam impian besar mereka iaitu mengubah seni muzik tanah air.

Bermula pada 8 Jun lepas, #gerilaproject mula bersiaran selama 30 minit. Program tujuh episod ini akan memaparkan kisah `orang kuat' di sebalik nama Go Gerila! iaitu Aizat Amdan, Amir Jahari, Anas, Pito, Ruvi dan Ashrof dalam perjalanan muzik mereka selepas konfrontasi terakhir Versus musim pertama.


Langkah Go Gerila! bermula dengan perbincangan mengenai impian dan misi mereka untuk 2013. Perancangan teliti dilakukan dari segi pembikinan sehingga ke publisiti untuk menghasilkan album milik Go Gerila!. Bagi membantu mereka dalam penghasilan lagu, mereka mencari inspirasi daripada pelbagai pengalaman hidup mereka sendiri.

#Gerilaproject juga tidak ketinggalan dalam memaparkan band Go Gerila! berhadapan tekanan kesuntukan masa menghasilkan album mereka. Untuk album sulung mereka, mereka akan berkolaborasi bersama nama besar dalam industri muzik tanah air iaitu Amy Search dan Loque.

Episod #gerilaproject juga akan menyiarkan persiapan mereka untuk persembahan jemputan di Australia. Ternyata Go Gerila! mencipta sejarah tersendiri dalam kehidupan muzik mereka apabila bakal membuat persembahan di luar negara.

Bagaimana mereka merancang perjalanan seni mereka? Apakah mereka berjaya menghasilkan album mereka dalam masa yang ditetapkan? Ini adalah kisah mereka, ini adalah #gerilaproject.