HART OF DIXIE (TV2)

HART OF DIXIE
MULAI: 11 Jun 2013,
HARI: setiap Selasa,
MASA: 12.00 malam
PELAKON: Rachel Bilson sebagai Dr Zoe Hart



SINOPSIS HART OF DIXIE (TV2)
kisah Doktor Zoe Hart telah digambarkan selepas menamatkan pengajian kelasnya dari sekolah perubatan. Dia kemudiannya mahu melunaskan impiannya untuk mengikut jejak langkah bapanya dan menjadi seorang pakar bedah kardio-toraks.


Tetapi apabila impiannya tidak kesampaian. Zoe memutuskan untuk menerima tawaran dari orang yang tidak dikenali, Dr Harley Wilkes, untuk bekerjasama dengannya bekerja dalam amalan perubatan kecil di Bluebell, Alabama.

Dr Zoe kemudiannya tiba di bandar Pantai Teluk kecil namun dirinya begitu hampa apabila mendapati bahawa Dr Harley telah diberitakan empat bulan lepas telah meninggal dunia. Begitu pun sebelum kematiannya, Dr Harley sempat berwasiat dan meninggalkan separuh amalan perubatannya untuk dipindahmilik kepada Dr Zoe.



Ketika itu dia dengan pantas mendapati bahawa doktor-doktor di hospitaliti Selatan tidak mengamalkan sikap mesra pesakit mahu pun rakan sekerja. Malah sikap doktor yang lebih berpengalaman suka memandang rendah terhadap kebolehan doktor yang lebih muda dan kurang pengalaman dalam bidang perubatan. Mereka dianggap tidak matang dan perlu belajar lebih banyak pengetahuan merawat pesakit.

Dr Zoey juga perlu berdepan dengan penerimaan kurang baik dan sikap kurang sopan anak perempuan Dr Harley bernama Lemon. Lemon yang pada mulanya berpenampilan anak gadis yang manis berubah sikap setelah kehadiran Dr Zoey ke rumah mereka.

Begitu pun sekutu Dr Zoe seorang individu yang berpengaruh di bandar itu iaitu Datuk Bandar, bekas bintang bola sepak Lavon Hayes, jiran mereka dikenali sebagai Wade Kinsella, dan peguam kacak bernama George Tucker, bakal tunangan Lemon.

Dr Zoe bersedia untuk kembali ke New York dengan ibunya, Puan Hart dan meninggalkan memori Bluebell apabila Emmeline Hattenbarger mendedahkan jawapan kepada misteri mengapa Harley Wilkes akan meninggalkan Zoe.

Ketika itu berbekalkan maklumat diperolehi dan hasratnya untuk mencari kebenaran, Dr Zoe nekad memutuskan untuk tinggal di Bluebell, rumah yang disewa dalam kawasan Perladangan Datuk Bandar.

Dia berazam untuk menjadikan bandar tersebut dapat dilihat dan pada masa sama mengaplikasikan amalan perubatan ayahnya selama 45 tahun berkhidmat kepada masyarakat. Saksikan episod demi episod menarik siri dilema di hadapi Dr Zoe ini hanya di TV2.