LARI



LARI
PENGARAH: Ahmad Idham
PRODUCER: Excellent Pictures Sdn. Bhd.
BAHASA: Malay
GENRE: Action
DURASI : 90 min
TAYANGAN: 06 Jun 2013
PELAKON: Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek dan Hazama Azmi.





SINOPSIS FILEM LARI
KHALIF (AARON AZIZ) merupakan seorang bekas askar yang tidak lagi berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Dia telah mendapat berita yang mengejutkan berkenaan bapanya yang telah meninggal dunia akibat dibunuh.

Semuanya bermula, apabila KHALIF pulang ke kampung, dan melihat orang ramai berada di rumahnya. Bila dihampiri, dia mengetahui bahawa bapanya telah dibunuh oleh sindiket, manakala adiknya, INA (ERIN MALEK) telah dilarikan oleh mereka, kerana membalas perjanjian yang tidak jadi antara bapanya dan kumpulan sindiket berkenaan.

Berdasarkan pengalaman yang pernah diperolehnya daripada latihan ketenteraan dahulu, naluri KHALIF ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarganya. Ini menyebabkan dia mula menyiasat apa yang berlaku, dan mula menemui petunjuk kepada kejadian tragik tersebut


Dapatkah Aaron Aziz menyelamatkan adik nya yang telah diculik dan diperdagangkan oleh Ery Putra, dapatkah Aaron Aziz bersama Hazama Azmi menumpaskan kegiatan haram Ery Putra dan juga sindiket perdagangan manusia yang lain? Adakah Aaron Aziz mampu dapatkan cinta nya semula bersama Dira Abu Zahar?