MAN OF STEEL





MAN OF STEEL
GENRE: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
MULA TAYANGAN: 13 Jun 2013
BAHASA: English
PENGEDAR: WARNER BROS. PICTURES
PENGARAH: Zack Snyder
PELAKON : Henry Cavill, Amy Adams, Michael Shannon, Russell Crowe, Kevin Costner, Diane Lane





SINOPSIS MAN OF STEEL
Sebagai budak kecil yang masih tidak tahu apa-apa, dia tempuhi perjalanan hidup dengan mengetahui dirinya tidak patut berada di Bumi. Namun, semangat adiwira dalam dirinya membuatkan dia tampil menyelamatkan dunia dan menjadi simbol harapan kepada manusia untuk bergantung padanya.

Clark Kent / Kal-El (Henry Cavill) ialah seorang wartawan berumur 20-an yang keseorangan kerana kuasa luar biasanya. Dulu, dia dihantar ke Bumi dari Krypton, sebuah planet yang berteknologi tinggi dan jauh dari Bumi.

Clark bergelut dengan soalan mutlak: "Kenapa dia di sini?" Dia dibentuk dari nilai yang diajar ibu bapa angkatnya, Martha (Diana Lane) dan Jonathan Kent (Kevin Costner).

Clark mengetahui kuasa luar biasanya akan memaksanya membuat keputusan yang sukar. Apabila dunia memerlukan kestabilan, ancaman yang lebih bahaya muncul. Clark mesti menjadi 'Man of Steel' untuk melindungi orang yang disukai dan bersinar sebagai simbol harapan