PLANET KIARA MUSIM 2 (TV3)

PLANET KIARA MUSIM 2 (TV3)
SLOT: Bananana!,
MULAI: 12 Jun 2013,
HARI: setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis,
MASA: 6.30 petang
EPISOD: 13 episod.
PENGARAH: Bade Hj Azmi,
PELAKON: Firdaus Gubran sebagai Aril, Hanif Safuan sebagai Adam, Dato Rahim Razali sebagai Profesor Zul , Dato Jalaluddin Hassan sebagai Prof El-Cid, Sharifah Sakinah sebagai Tasya, Hella Monica sebagai Cahya dan Faradhiya sebagai Cikgu




SINOPSIS PLANET KIARA MUSIM 2 (TV3)
Planet Kiara adalah sebuah drama bersiri yang mengisahkan tentang sebuah robot yang bernama PSN-ONE yang tinggal bersama Aril dan keluarganya. PSN-ONE adalah sebuah robot yang telah dicuri daripada Prof Zul yang menciptanya. Namun, PSN-ONE berjaya melarikan diri daripada orang yang mencurinya iaitu Prof El-Cid dan akhirnya bertemu dengan Aril. Sejak daripada itu, PSN-ONE sering dikejar oleh Prof El-Cid dan orang suruhannya, Raphael.

Drama ini akan memaparkan kisah kehidupan seharian keluarga Aril yang hidup dalam keadaan serba moden dan canggih. Mereka adalah sebuah keluarga yang sentiasa menggunakan gadget – gadget terkini serta mengaplikasikan sains dalam kehidupan mereka.

Aril adalah seorang kanak – kanak berusia 10 tahun yang amat meminati bidang sains secara amnya serta Astronomi secara khususnya. Dia adalah seorang yang akan sentiasa berani untuk mencuba benda baru. Adam adalah abang sulung Aril yang merupakan seorang pekerja di Pusat Sains Negara. Dia amat meminati sukan Drift dan merupakan juara Drift yang hebat.

Tasha pula adalah kakak pertama Aril yang memasang impian untuk menjadi seorang Peragawati Terkenal. Idolanya adalah Kim Kardashian manakala Fashion Idolnya adalah Carrie Bradshaw. Seorang “Bimbo” yang bijak.

Irma, kakak kedua Aril adalah seorang pelajar kolej dalam bidang muzik. Tidak boleh berpisah dengan gitar kesayangan dan sering disalah erti sebagai seorang yang bermasalah walaupun pada dasarnya dia hanya mahu bermain muzik.

Dalam setiap episod drama ini, PSN-ONE akan membantu Aril dan keluarga dalam menangani masalah seharian mereka dengan menggunakan penyelesaian Sains. Pada masa yang sama, PSN-ONE juga akan sentiasa menggagalkan rancangan Raphael yang masih tidak berputus asa untuk mendapatkannya semula.