TOKAK

TOKAK
PELAKON: Airis Yasmin, Diana Johor, Faiz Raja Lawak, Julia Ziegler, Abon, Kazar dan Lana Nodin
TAYANGAN: 20 Jun
GENRE:Comedy / Thriller
DURASI: 90 minutes
PENGARAH:Sabree Fadzil




SINOPSIS TOKAK
Tokak menampilkan jelmaan hantu puaka yang kemaruk menghisap darah gadis-gadis muda yang melakukan noda dan dosa. Tokak mengisahkan seorang pengurus hotel, Iskandar yang menemui kotak misteri ketika berjogging di tepi pantai. Perasaan ingin tahu apa yang terkandung di dalam kotak menyebabkan dia membuka kotak misteri itu. Rupa-rupanya kotak itu `dihuni' roh jahat jelmaan Sungai Raya.


Bagi memulihkan dirinya daripada dirasuk, Iskandar perlu membunuh dan menghirup darah enam wanita yang melakukan maksiat dalam tempoh satu malam, iaitu bermula dari azan Maghrib hingga sebelum Subuh.

Insiden itu menyebabkan beberapa kejadian pelik berlaku di hotel tempat Iskandar bekerja. Makhluk itu menokak atau menggigit wanita yang melakukan maksiat termasuk tunang Iskandar. Kemunculan Ustaz Haikal berjaya menyelamat tunangannya daripada menjadi mangsa tokak terakhir.