• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

KISAH CINTA (1 - 13 TAMAT)

KISAH CINTA (TV3)
JUMLAH EPISOD : 13 Episod
SLOT: Lestary TV3
MULAI: 7 MEI 2013
MASA: 9.00 malam
HARI: Setiap selasa
LAGU TEMA OST: Tanpa Terluka (Velvet Af)
PELAKON: Nur Fazura (Azalea),Shaheizy Sam (Shah),Nazim Othman (Azhari),Nadia Aqilah Bajuri (Juli)



DOWNLOAD KISAH CINTA (TV3)
Kisah Cinta Episod 01 = DOWNLOAD 7/5
Kisah Cinta Episod 02 =DOWNLOAD 14/5
Kisah Cinta Episod 03 = DOWNLOAD 21/5
Kisah Cinta Episod 04 =DOWNLOAD 28/5
Kisah Cinta Episod 05 = DOWNLOAD 4/6
Kisah Cinta Episod 06 = DOWNLOAD 11/6
Kisah Cinta Episod 07 = DOWNLOAD 18/6
Kisah Cinta Episod 08 = DOWNLOAD 25/6
Kisah Cinta Episod 09 = DOWNLOAD 2/7 
Kisah Cinta Episod 10 = DOWNLOAD 9/7 
Kisah Cinta Episod 11 = DOWNLOAD 16/7
Kisah Cinta Episod 12 =DOWNLOAD 23/7
Kisah Cinta Episod 13 (TAMAT) = DOWNLOAD 30/7
DRAMA SETERUSNYA : DIANDRA
Kredit: kepalabergetar, FB pereka cerita




KISAH CINTA (TV3)
Kisah Cinta mengisahkan tentang cinta yang berputik dari pertemuan yang tidak diingini. Segalanya bermula semasa kemalangan tragis pada malam tahun baru 2013 di mana Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh dari belakang.


Konflik timbul sewaktu pengurusan tuntutan mayat oleh waris si mati apabila Azalea, anak perempuan Zainal dan Shah, anak lelaki Zaharah melaporkan yang ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Malah, Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan Shah tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, Shah dan Azalea tidak mengenali satu sama lain.


Setelah selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua pasangan ini telahpun disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka ini. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku.

Semasa mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat-surat lama milik Zainal dan ibunya. Asalnya Shah mahu membuang sahaja surat-surat tersebut tetapi dihalang oleh Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat-surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat-surat tersebut. Baginya, ini merupakan peluang keemasan untuk menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat. Dia takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak.

Setelah dipujuk Azalea, Shah akur untuk setuju. Pasangan ini cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpadukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan dari surat-surat tersebut. Mereka mula menjejak kaki ke tempat-tempat yang tertulis, mencari nama-nama yang disebut, memahami perkara-perkara yang diceritakan. Satu-persatu kisah terungkai. Dalam tidak sedar, Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.


Walaupun begitu, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.

Kembali ke kehidupan sebenar memberi makna baru pada hubungan Azalea dan Shah. Mereka mula saling merindui. Apakah pasangan ini cukup tabah untuk melawan situasi dan emosi? Sementara itu, satu kronologi kisah cinta ibu bapa mereka terungkai di mana ada kebarangkalian bahawa mereka adalah adik beradik. Adakah ini kenyataan yang harus mereka terima? Atau masih ada lagi jawapan yang tertinggal?





APARTMENT 1303



APARTMENT 1303
KLASIFIKASI: 18
GENRE: Seram
MULA TAYANGAN : 25 Julai 2013
BAHASA: English
PENGEDAR: NUSANTARA EDARAN FILEM
PENGARAH: Michael Taverna
PELAKON : Mischa Barton, Rebecca De Mornay, Julianne Michelle, Corey Sevier





SINOPSIS APARTMENT 1303

Filem seram “Apartment 1303” ini sebenar mengisahkan sebuah apartment yang berhantu. Filem ini bermula apabila Janet Slate, lakonan Julianne Michelle yang baru sahaja pindah ke sebuah apartment baru setelah mempunyai isu kekeluargaan dengan kakaknya, Lara Slate lakonan Mischa Barton dan ibunya, Maddie Slate lakonan Rebecca De Mornay.


Pada awalnya semuanya kelihatan begitu indah di apartment baru Janet yang berada di tingkat 13 itu. Namun semua itu berubah apabila Janet disapa oleh jirannya yang berusia 9 tahun, Emily lakonan Madison McAleer. Budak ini sentiasa kelihatan aneh dan mengejutkan. Emily juga memberitahu Janet bahawa bekas penyewa apartment tersebut meninggal akibat bunuh diri.



Selepas kemunculan Emily, Janet sering diganggu oleh makhluk-makhluk halus di dalam apartment tersebut. Badannya mula dicakar sewaktu dia tidur. Namun setelah ditenangkan oleh kekasihnya, Mark Taylor, lakonan Corey Sevier, dia masih mengganggap apartment tersebut tidak berpenghuni. Sehingga suatu hari, Janet dirasuk dan akhirnya membunuh dirinya sendiri.

Filem ini seterusnya bersambung apabila kakaknya, Lara pergi ke apartment Janet untuk mengambil barang Janet dan mendapat dia juga mula diganggu oleh makhluk-makhluk halus di Apartment 1303.

LEMAK KAMPUNG SANTAN

LEMAK KAMPUNG SANTAN
PENGARAH: Hans Isaac
BAHASA: Malay
DURASI : 90 min
GENRE: Romantik
MULA TAYANGAN: 8 Ogos 2013
PELAKON: Hans Isaac, Neelofa, Harun Salim Bachik, Awie, Khir Rahman, Natasha Hudson





SINOPSIS LEMAK KAMPUNG SANTAN
Lemak Kampung Santan mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung yang bernama Tiqa.

Ridzuan merupakan seorang pereka binaan untuk sebuah syarikat pembangunan terkemuka di tanah air. Manakala Tiqa (Neelofa) pula seorang penjual nasi lemak di kampungnya, Kampung Santan. Pertemuan pertama mereka berlaku tanpa diduga di Kampung Santan.

Tanpa mereka sedari, mereka senang dengan diri masing-masing walaupun hanya pada pertemuan pertama biarpun pada dasarnya mereka adalah dua insan yang berbeza. Apa yang tidak diketahui Tiqa adalah Ridzuan merupakan ketua projek yang akan membina sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kampung Santan dan memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah.

Sepanjang perkenalan mereka Ridzuan cuba menyembunyikan kenyataan yang perit ini demi menjaga hati Tiqa dan penduduk lain kerana dia sudah mulai jatuh hati pada gadis itu. Tiqa juga tidak diberitahu tentang kewujudan Sofia (Natasha Hudson), kekasih Ridzuan di Bandar yang juga terlibat dalam projek pembangunan Kampung Santan.

Dalam projek ini, Sofia dibantu oleh Badrul (Khir Rahman). Tiqa, ayahnya Pak Wan (Harun Salim Bachik), Abu (Awie) dan penduduk lain menentang projek tersebut dengan bersungguh-sungguh. Mengapa?

Adakah hanya Ridzuan sahaja yang menyimpan rahsia dari Tiqa? Atau adakah Tiqa juga menyimpan rahsia tentang Kampung Santan dari Ridzuan? Persoalannya, siapa menipu siapa?

IMAGINAERUM




IMAGINAERUM
TAYANGAN: 25 Jul 2013
BAHASA: English
SUBTITLE: Malay / Mandarin
GENRE: Family / Fantasy
DURASI: 83 minutes
PENGARAH: Stobe Harju
PELAKON: Marianne Farley, Quinn Lord, Francis X. McCarthy



SINOPSIS IMAGINAERUM
Imaginaerum mengisahkan Thomas Whitman, seorang komposer berusia 75 tahun dan berada dalam keadaan koma. Hidup dengan hanya bantuan mesin, Gem nekad untuk “mematikan” ayahnya. Dalam masa yang sama minda Thomas memasuki dunia fantasi dimana dia berusia 10 tahun dan mengembara di dalam dunia tersebut untuk mencari memorinya yang semakin hilang.

RED 2



RED 2
PENGARAH: Dean Parisot
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 18 Julai 2013
PELAKON: Bruce Willis, John Malkovich, Mary-Louise Parker, Helen Mirren, Catherine Zeta-Jones dan Lee Byung-hun



SINOPSIS RED 2
Red 2 mengangkat kisah kehidupan ejen CIA bersara, Frank Moses (Bruce Willis) yang inginkan kehidupan normal bersama kekasih hatinya. Bagaimanapun hasratnya terpaksa dilupakan sekali lagi kerana kehadiran Marvin Boggs (John Malkovich) yang meminta bantuannya untuk kembali sebagai satu pasukan menumpaskan satu sindiket jenayah.

Meskipun awalnya berat hati namun akhirnya Frank bersetuju selepas pasukan penjenayah memerangkap hidupnya dan meletak kekasihnya, Sarah (Mary-Louise Parker) dalam bahaya.



Bermulalah penyiasatan Frank dan Marvin hingga terpaksa mengembara ke Moscow, Paris dan Hong Kong bagi mencari penyelesaian atas pertuduhan kononnya mereka berdua terbabit dalam satu projek yang digelar Nightshade



Frank terpaksa mencari dalangnya, The Frog lakonan David Thewlis dan kemudiannya mencari pula pakar fizik yang dipenjara 32 tahun lamanya, Dr Edward Bailey lakonan Anthony Hopkins.

Bagaimanapun sepanjang penyiasatan mereka berdua yang langsung tidak bersandarkan senjata canggih seperti pihak musuh

BULETIN CINTA (1 - 13 TAMAT)

BULETIN CINTA (TV3)
JUMLAH EPISOD: 13 Episod
HARI: Setiap Rabu,
MASA: 9.30 – 10.00 malam,
MULAI : 3 April 2013
PENERBIT: Primeworks Studios / Anniesafinas Haji Hassan
PENGARAH: Zulkeflee Mohamad Said
PELAKON: Jep Sepahtu (Doktor Love), Saiful Apek, Yassin, Anzalna Nasir, Watie Elite, Acong, Taiyuddin Bakar, Rahim, Sharol Shiro, Zazleen Zulkifli, Mimi Haris, Myza Aryqa




DOWNLOAD BULETIN CINTA
Buletin Cinta Episod 01 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 02 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 03 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 04 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 05 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 06 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 07 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 08 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 09 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 10 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 11 = DOWNLOAD 13/7
Buletin Cinta Episod 12 = DOWNLOAD
Buletin Cinta Episod 13 (TAMAT = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS BULETIN CINTA (TV3)
Buletin Cinta membicarakan apa sahaja isu yang berkaitan dengan cinta bersama DOKTOR LOVE (Jep Sepahtu) yang dipersembahkan secara komedi. Antara topik-topik yang dipersembahkan menerusi Buletin Cinta ialah ‘Cinta Bollywood’, ‘Cemburu Kerana Cinta’, ‘Putus Cinta’, ‘Berkorban Kerana Cinta’, ‘Kuasa Cinta’ dan lain-lain.

Episod ‘Cinta Bollywood’ mengisahkan Doktor. Love telah menerima emel dari penonton yang bernama Karena tentang masalahnya yang menyintai dua lelaki pada masa yang sama. Kekasihnya, Salman telah lama menghilangkan diri dan kini Karena rapat dengan sahabat Salman iaitu Sahid. Tiba-tiba, Salman muncul semula. Apakah nasihat yang akan diberikan oleh Doktor. Love? Teruskan menyaksikan dramedy Buletin Cinta untuk menyaksikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pasangan bercinta dan apakah ‘petua’ yang akan dikongsikan oleh Doktor Love?

SUAMI AKU USTAZ

SUAMI AKU USTAZ
PELAKON: Adi Putra (Ustaz Muhamad Nur Hafiz), Nora Danish (Alisa), Izzue Islam (Johan)
TAYANGAN : Akan Datang



SINOPSIS NOVEL SUAMIKU USTAZ

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?


“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga.

Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian.

Kesian Alisa,kena kahwin dengan abang sepupu dia. Ustaz kat sekolah dia lagi.Mengajar pula subjek Pendidikan Islam. Atas alasan apa? Takde orang nak jaga dia bila mak ayahnya pergi ke tanah suci Mekah.

Lisa pula anggap sebagai suaminya sebagai abang,sedangkan Ustaz Hafiz memang dah lama sukakan Lisa-sejak kecik lagi.Perkahwinan mereka dirahsiakan dari teman-teman di sekolah. Gila nak bagitau! Bising la Johan Pa'an dan Wati nanti.

Disebabkan Alisa jatuh motor, barulah diorang tahu yang Ustaz Hafiz dan Alisa tinggal serumah.Bila Ustaz Hafiz bagitahu perkara sebenar, Patah la hati Johan dan Cikgu Liana-cikgu yang menaruh hati pada ustaz hafiz.

Johan mengamuk pada Alisa- BBF konon.Dia sebenarnya boleh terima,jika Lisa beritahu sendiri. Belum lagi Paan dan Wati tahu

Alisa pulak,bukan main marah dengan Ustaz Hafiz. Tapi ustaz Hafiz cool je. Sampailah dia berjaya masuk ke menara gading. Barulah rasa rindu muncul.Alisa cuba untuk mencintai suaminya.

NYAMUK TAK BERDOSA (DOWNLOAD)

NYAMUK TAK BERDOSA (TV3)
SLOT: Cerekarama
TARIKH: 27 Julai
HARI: Sabtu
MASA: 10.00 Malam
PELAKON:: Kamal Adli, Zarina Zainoordin, Puteri Balqish, Adik Danish Zaqwan, Raja Azmi, Dian P. Ramlee.






  DOWNLOAD NYAMUK TAK BERDOSA (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS NYAMUK TAK BERDOSA (TV3)

Sarimah dan Bahrin telah berkahwin sejak 16 tahun yang lalu dan dikurniakan dua cahaya mata, Atiqah dan Afiq. Sarimah bekerja sebagai tukang cuci manakala suaminya, Bahrin, bekerja sebagai pengawal keselamatan. Sikap Bahrin mula berubah ketika Sarimah mula bekerja. Dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa anak-anak mereka. Dia menjadi seorang yang panas baran, seringkali memukul dan mengugut Sarimah. Sebaliknya, Sarimah terus setia terhadap suaminya dan tidak pernah sedetik pun terfikir untuk bercerai demi masa depan anak-anaknya.

QARINA (DOWNLOAD)

QARINA (TV3)
TARIKH: 26 Julai
HARI: Jumaat
MASA: 10.00 Malam
PELAKON:: Ashraf Muslim, Adik Farah Nadia, Emelda Rosmila, Faizal Hussain, Erynne Erynna, Airil Fesol.




DOWNLOAD QARINA (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS QARINA
Qarina, anak perempuan Azimal dan Rozita yang berusia 11 tahun. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, Daniel dan Elfira. Ibu bapanya terlalu materialistik dan gemar menunjuk-nunjuk apa yang dimiliki mereka supaya orang ramai mengetahui mereka kaya. Satu hari, Qarina bertemu dengan Ustaz Adib, seorang yang pakar dalam seni khat Bahasa Arab. Dia mula mempunyai minat ke arah menulis dalam Jawi dan membaca Al-Quran. Walau bagaimanapun, ibu bapanya yang tidak mengamalkan ajaran Islam menentang sekeras-kerasnya minat terbaru Qarina ini.

TURBO



TURBO
TAYANGAN: 18 July 2013
BAHASA: English
SUBTITLE: Malay / Chinese
GENRE: Animation
PENGARAH: David Soren
PELAKON: Ryan Reynolds, Paul Giamatti, Michael Pena, Luis Guzmán, Bill Hader, Richard Jenkins, Ken Jeong, Michelle Rodriguez, Maya Rudolph, Ben Schwartz, Kurtwood Smith, Snoop Dogg and Samuel L. Jackson





SINOPSIS TURBO
"Turbo" mengisahkan tentang seekor siput lemah yang tiba-tiba mendapat kuasa kelajuan tinggi. Selepas siput tersebut berkawan dengan krew escargot moden dan bergaya, dia menyedari tiada orang yang boleh berjaya tanpa bantuan orang lain.

Dia mula bersungguh-sungguh membantu kawan-kawannya mencapai impian mereka di samping memasang satu impian mustahil iaitu menjadi juara Indy 500