APARTMENT 1303



APARTMENT 1303
KLASIFIKASI: 18
GENRE: Seram
MULA TAYANGAN : 25 Julai 2013
BAHASA: English
PENGEDAR: NUSANTARA EDARAN FILEM
PENGARAH: Michael Taverna
PELAKON : Mischa Barton, Rebecca De Mornay, Julianne Michelle, Corey Sevier





SINOPSIS APARTMENT 1303

Filem seram “Apartment 1303” ini sebenar mengisahkan sebuah apartment yang berhantu. Filem ini bermula apabila Janet Slate, lakonan Julianne Michelle yang baru sahaja pindah ke sebuah apartment baru setelah mempunyai isu kekeluargaan dengan kakaknya, Lara Slate lakonan Mischa Barton dan ibunya, Maddie Slate lakonan Rebecca De Mornay.


Pada awalnya semuanya kelihatan begitu indah di apartment baru Janet yang berada di tingkat 13 itu. Namun semua itu berubah apabila Janet disapa oleh jirannya yang berusia 9 tahun, Emily lakonan Madison McAleer. Budak ini sentiasa kelihatan aneh dan mengejutkan. Emily juga memberitahu Janet bahawa bekas penyewa apartment tersebut meninggal akibat bunuh diri.



Selepas kemunculan Emily, Janet sering diganggu oleh makhluk-makhluk halus di dalam apartment tersebut. Badannya mula dicakar sewaktu dia tidur. Namun setelah ditenangkan oleh kekasihnya, Mark Taylor, lakonan Corey Sevier, dia masih mengganggap apartment tersebut tidak berpenghuni. Sehingga suatu hari, Janet dirasuk dan akhirnya membunuh dirinya sendiri.

Filem ini seterusnya bersambung apabila kakaknya, Lara pergi ke apartment Janet untuk mengambil barang Janet dan mendapat dia juga mula diganggu oleh makhluk-makhluk halus di Apartment 1303.