MAD MEN (ASTRO)

MAD MEN (ASTRO)
MULAI: 11 Julai ini.
EPISOD: 13 episod
MASA: 10.00 malam
HARI: setiap Khamis.
PELAKON: Jon Hamm; January Jones; Vincent Kartheiser; Elisabeth Moss; Christina Hendricks; John Slattery; Bryan Batt; Michael Gladis; Aaron Staton; dan Rich Sommer,



SINOPSIS MAD MEN (ASTRO)
Berlatar belakangkan New York pada tahun 1960-an, siri yang sarat dengan provokasi dan godaan ini mengisahkan persaingan tanpa belas kasihan di kalangan mereka yang bekerja dalam industri pengiklanan Madison Avenue.

Musim kedua berakhir dengan berlatar belakangkan Krisis Peluru Berpandu Cuba. Beberapa perubahan besar berlaku di Agensi Pengiklanan Sterling Cooper susulan pengambil alihan oleh firma pengiklanan British PPL (Putnam, Powell & Lowe). Pengarah Kreatif Donald Draper (dilakonkan oleh pemenang Golden Globe Award John Hamm) kembali dari Los Angeles, tempat beliau melarikan diri sewaktu cuba menerima hakikat tentang identiti barunya, selepas menerima berita tentang pengambilalihan tersebut.


Don juga cuba berbaik semula dengan isterinya, Betty (January Jones). Menelusuri hakikat perpisahan di antara mereka, Betty mendapati dirinya hamil dengan anak ketiga mereka, dan lebih mengejutkan, dia telah meniduri lelaki lain dalam satu pejabat di belakang sebuah bar. Apabila Pete (Vincent Kartheiser) mengisytiharkan cintanya kepada Peggy (Elisabeth Moss), Peggy membuat pengakuan meremukkan hatinya apabila mengaku melahirkan satu-satunya anak Pete tetapi menyerahkannya untuk dijadikan anak angkat keluarga lain demi mengejar kerjayanya.

Roger (John Slattery) yang bertindak mengikut perasaan meninggalkan isterinya Mona untuk bersama bekas setiausaha Don iaitu Jane. Pada masa sama Joan (Christina Hendricks) sekali lagi berhadapan kekangan jantinanya di tempat kerja dan dalam hubungan peribadinya.

Musim ketiga “Mad Men” ini akan meneroka lebih mendalam hubungan, keluarga dan peranan jantina yang sentiasa berubah menerusi watak-watak yang kompleks dan mencengkam rasa. Jalan cerita siri ini yang mencabar merupakan cerminan kepada ketegangan dalam masyarakat Amerika, mempersoalkan kebiasaan tradisional dan kekecewaan yang terperap di antara lelaki dan wanita.