RED 2



RED 2
PENGARAH: Dean Parisot
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 18 Julai 2013
PELAKON: Bruce Willis, John Malkovich, Mary-Louise Parker, Helen Mirren, Catherine Zeta-Jones dan Lee Byung-hun



SINOPSIS RED 2
Red 2 mengangkat kisah kehidupan ejen CIA bersara, Frank Moses (Bruce Willis) yang inginkan kehidupan normal bersama kekasih hatinya. Bagaimanapun hasratnya terpaksa dilupakan sekali lagi kerana kehadiran Marvin Boggs (John Malkovich) yang meminta bantuannya untuk kembali sebagai satu pasukan menumpaskan satu sindiket jenayah.

Meskipun awalnya berat hati namun akhirnya Frank bersetuju selepas pasukan penjenayah memerangkap hidupnya dan meletak kekasihnya, Sarah (Mary-Louise Parker) dalam bahaya.



Bermulalah penyiasatan Frank dan Marvin hingga terpaksa mengembara ke Moscow, Paris dan Hong Kong bagi mencari penyelesaian atas pertuduhan kononnya mereka berdua terbabit dalam satu projek yang digelar Nightshade



Frank terpaksa mencari dalangnya, The Frog lakonan David Thewlis dan kemudiannya mencari pula pakar fizik yang dipenjara 32 tahun lamanya, Dr Edward Bailey lakonan Anthony Hopkins.

Bagaimanapun sepanjang penyiasatan mereka berdua yang langsung tidak bersandarkan senjata canggih seperti pihak musuh