REDEMPTION NIGHT



REDEMPTION NIGHT
PENGARAH: Hasoi Takato
PELAKON:Akihiro Hirama, Akihiro, Sharifah Amani, Bront Paralea, Azman Hassan Sharon Chong.





SINOPSIS REDEMPTION NIGHT
filem ini mengisahkan perjalanan dua orang lelaki dari negara Jepun yang datang ke Malaysia untuk tujuan masing-masing dan akhirnya memerlukan antara satu sama lain.

Tatsumi (Akihiro) telah membuka satu kilang di Malaysia tetapi tidak berjaya dan ingin membunuh diri supaya mendapat insurans bagi keluarganya di Jepun, Saijo (Misawa) yang datang ke Malaysia untuk mencari seseorang di sini telah terserempak dengan Tatsumi yang ingin membunuh diri.

Tatsumi dan Saijo telah membuat perjanjian dimana Saijo akan menjadi saksi kepada kematian Tatsumi dan dapat 10% dari insurans manakala Tatsumi harus menemani Saijo dahulu dalam pencariannya.

Dalam perjalanan mereka telah berjumpa Rin (Sharifah Amani), seorang pelacur menunjukkan jalan bagi mereka. Perjalanan mereka harungi penuh dengan cabaran dan dugaan.