THE UNDERCOVER (NTV7)

THE UNDERCOVER (NTV7)
MULAI: 3 Julai,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis
MASA: 9.30 malam
PELAKON: Adrian Tan, Aenie Wong, Karena Teo, Ernest Chong, Alvin Wong, Johnson Low dan Emily Tan.




SINOPSIS THE UNDERCOVER (NTV7)
berkisar tentang seeorang lelaki yang berhasrat untuk menjadi anggota polis bernama Chong Yee. Namun di saat mendengar berita kematian pak cik yang disayanginya dia mengambil keputusan untuk menyiasat kematian itu dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Penyiasatannya menyebabkan dia dibuang daripada akademi polis yang menyebabkan pertengkaran Chong Yee dan ayahnya, lakonan Alvin Wong.

Sejak itu Chong Yee semakin rapat dengan Pak Cik Quan dan anak lelakinya Yi Feng. Sehingga suatu hari dia diberitahu oleh seorang detektif bernama Mohamad yang pak cik Chong Yee merupakan salah seorang pemberi maklumat polis dan kemungkinan besar dibunuh oleh kumpulan samseng Four Seas.


Mengetahui kemungkinan pak ciknya dibunuh, Chong Yee kini lebih berazam untuk menurut jejak sebagai pemberi informasi kepada pihak polis untuk mengumpulkan maklumat dan bukti mengenai jenayah yang dilakukan kumpulan Four Seas.

Lebih buruk lagi apabila Chong Yee mendapat tahu bahawa kumpulan Four Seas menyeludup dadah dan diberikan kepada gadis-gadis di bawah jagaannya agar mereka terus menurut perintah. Watak Ada yang dilakonkan Aenie merupakan dalang penyuludupan dadah dan kerana ingin membesarkan pengaruhnya, dia telah membunuh Pak Cik Quan.