THE WOLVERINE



THE WOLVERINE
PENGARAH: James Mangold
BAHASA: English
GENRE: Action
DURASI : 126 min
MULA TAYANGAN: 25 Jul 2013






SINOPSIS THE WOLVERINE
Mengisahkan kisah Logan selepas X-Men: The Last Stand, Logan mula hilang hala tuju setelah kehilangan kekasihnya Jean dan Prof X. Namun pada suatu malam muncul Yukio, seorang mutan yang diperintahkan oleh tuannya, Yashida untuk membawa Logan ke Jepun dengan hajat untuk berterima kasih kepada Logan atas jasa baik Logan dulu sewaktu berlaku peperangan di Jepun.




Namun apabila tiba di Jepun semuanya berubah dan Logan sedikit demi sedikit berjaya mengetahui agenda Yashida. Logan juga jatuh hati dengan cucu perempuan kepada Yashida yang bernama Mariko setelah beberapa insiden yang berlaku sewaktu Yakuza ingin menculik Mariko.

Selain berlatih dengan samurai, Logan terpaksa menghadapi Yakuza, menteri yang korup dan melihat tunangnya jatuh ke tangan musuh.

Selain The Wolverine, Jackman dijadual muncul dalam filem terbaru X-Men: Days of Future Past.