DARI IBU (TV3)

DARI IBU (TV3)
SLOT: Telemovie raya
MASA: 4.00 petang – 6.00 petang
PELAKON: Eja, Azlee Khairi, Zara Zya, Alia Farhani, Ellyas Abdullah
PENGARAH: Joeza



SINOPSIS DARI IBU (TV3)
Hazim, 21, tinggal bersama ibunya, Zawiyah, 52, sejak ayahnya meninggal. Zawiyah seorang ibu yang tegas tetapi penyayang. Zawiyah menguruskan kedai runcit peninggalan arwah suaminya.

Hazim sering mengeluh apabila Zawiyah sering tidak menunaikan permintaan yang seperti diharapkan olehnya. Oleh itu, Zawiyah dianggap seorang yang berkira kepada anak sendiri.

Hazim kini bakal menamatkan pengajiannya dan sedang menduduki peperiksaan akhir. Atas dorongan dan displin yang diterapkan oleh ibunya, Hazim menjadi seorang pelajar yang bijak dan cemerlang dalam pelajarannya.

Sekali lagi Hazim hampa apabila Zawiyah tidak membelikan kereta seperti yang dijanjikan. Perselisihan dan salah faham ini berlarutan sehingga dua tahun lamanya. Masihkah ada sinar harapan dalam hubungan anak dan ibu ini?