JANIN EMAS (ASTRO RIA)

JANIN EMAS - Ko-Mun- Thong (ASTRO RIA)
HARI: Isnin,
TARIKH: 18 Ogos 2013,
MASA: 10.00 malam
DURASI : 120 minit x 1 episod
SIARAN SERENTAK: Maya HD (Saluran 135)
PELAKON: Erin Malek, Amar Asyraf, Adik Puteri Balqish



SINOPSIS JANIN EMAS - Ko-Mun- Thong (ASTRO RIA)
Alia bersama suaminya Amran dan anak perempuan mereka Dania (7 tahun) baru berpindah ke sebuah rumah baru. Mereka merupakan sebuah keluarga yang bahagia sehinggalah Dania menemui Topeng Raja Ravana dari bilik stor. Pelbagai benda mula berlaku terhadap mereka sekeluarga. Sifat Dania juga mula berubah. Alia juga mengalami beberapa perkara yang pelik.

Alia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah tersebut mengajak Amran pindah. Setelah berpindah ke rumah baru, segalanya kembali normal sehinggalah Dania tiba-tiba pengsan dan koma. Doktor tidak dapat mengesan apa-apa akhirnya menyarankan agar Alia dan Amran mendapatkan rawatan alternatif.


Mereka bertemu dengan seorang wanita cina yang mampu untuk membantu mereka dan akhirnya Alia membongkarkan rahsia yang dia simpan selama ini dari pengetahuan Amran.