JIHAN TAK NAK BALIK RAYA (ASTRO RIA)

JIHAN TAK NAK BALIK RAYA (ASTRO RIA)
HARI: Ahad,
TARIKH: 11 Ogos 2013,
MASA: 10.00 pagi
DURASI: : 120 minit x 1 episod
SIARAN SERENTAK: Maya HD (Saluran 135)
PELAKON: Jihan Raja Lawak



SINOPSIS JIHAN TAK NAK BALIK RAYA (ASTRO RIA)
Jihan, seorang wanita bekerjaya yang sangat benci akan Hari Raya terutamanya kerana dia masih belum berumahtangga walaupun sudah berumur 27 tahun. Memasak, melawat saudara-mara, beramah mesra bersama saudara, tangisan bayi dan kanak-kanak yang meminta duit raya. Dia juga bencikan riuh rendah dan bunyi bunga api.

Kebenciannya bertambah semenjak dia putus tunang dan membuat keputusan untuk bercuti ke pulau pada raya kali ini dan dia menyuruh setiausahanya membuat tempahan di Avillion Hotel, malangnya apabila tiba di hotel tersebut, semua bilik telah ditempah. Dia akhirnya mengetahui yang pembantunya telah menempah sebuah homestay dengan nama yang sama. Oleh kerana tiada tempat untuk dituju, Jihan membuat keputusan untuk memandu ke Homestay tersebut dan segala-galanya mula kucar kacir.