KARA KING



KARA KING
GENRE: Komedi / Kekeluargaan
MULA TAYANGAN: 1 Ogos 2013
PENGARAH: Namewee
PELAKON: Namewee, Frankie Gao, Ng Man-Tat



SINOPSIS KARA KING
Kara King merupakan juara nyanyian di Hong Kong sehingga peristiwa kehilangan misteri isterinya. Akibat kecewa dan menyalahkan diri sendiri atas kehilangan isterinya, dia meninggalkan karier nyanyian dan berpindah di pekan kecil di Malaysia untuk mencari dua anaknya.

Tanpa pengetahuannya, anak lelakinya (T-bone) membenci "Kara King" kerana menghancurkan keluarga mereka dan anaknya belajar tentang dendam dan benci melalui muzik rock.



Kakaknya pula berusaha untuk memperbaiki hubungan tersebut namun masih belum berjaya sehinggalah pada suatu hari, seorang bangsa asing datang membawa berita mengenai ibu mereka.