2 GUNS




2 GUNS
GENRE: Aksi / Ngeri / Jenayah
MULA TAYANGAN: 19 September 2013
PENGEDAR: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
PENGARAH: Baltasar Kormakur
PELAKON : Denzel Washington, Mark Wahlberg, Paula Patton, Bill Paxton, Edward James Olmos, James Marsden



SINOPSIS 2 GUNS
Filem aksi ini berkisarkan dua orang ejen dari jabatan berlainan yang terpaksa melarikan diri bersama-sama. Ada satu masalah besar dengan gabungan mereka: mereka berdua tidak sedar bahawa pihak lain ialah ejen kerajaan yang menyamar sebagai penjenayah. Ejen DEA Bobby Trench dan pegawai perisik laut US Marcus Stigman terpaksa bekerjasama untuk 12 bulan yang lalu.


Mereka berdua diarah untuk menyamar sebagai ahli sindiket narkotik dan mereka tidak percayakan satu sama lain. Apabila cubaan mereka dalam mencerobohi sindiket pengedaran dadah di Mexico demi mendapatkan wang berjuta-juta Dollar gagal, Trench dan Stigman dibuang kerja oleh pihak atasan.

Memandangkan semua orang mahu mereka mati atau dipenjarakan, mereka hanya boleh mempercayai satu sama lain.