DI BAWAH LANGIT (TV1)

DI BAWAH LANGIT (TV1)
MULAI: 25 September 2013,
HARI: Setiap Rabu,
MASA: 11.30 pagi
SLOT: BIDADARI di TV1.
PELAKON: Jasmin Hamid, Riezman Khuzaimi, Syed Nahar Syed Mokhtar, Salina Saibi, Nisha Dirr, Adam Shah, Yasmin Khanif, Kenji Sawahi, Sharisa Chong,, Mustafa Kamal dan Mak Wan




SINOPSIS DI BAWAH LANGIT (TV1)

nasib Asmira wanita yang disegani namun dicemburui oleh rakan sekerja sewaktu mula melakar kerjayanya sebagai ahli perniagaan. Bosan dengan sikap rakan sekerjanya Norma, dia berpindah ke syarikat antarabangsa yang beroperasi di Kuala Lumpur. Di tempat baru Asmira bersahabat baik dengan Kathy yang sentiasa menyokongnya. Asmira semakin sibuk setelah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pemasaran.

Perkahwinannya dengan Badrul dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tasha. Setelah beberapa tahun, bahtera rumah tangga Asmira bergolak kerana kesibukannya menguruskan kerjaya. Badrul kini berubah kasih dan menceraikan Asmira. Dalam kecewanya Asmira yang telah pun bergelar janda, berusaha untuk memperbaiki kedudukan dalam kerjayanya.

Namun hidup tidak semestinya indah, perkahwinan kedua dengan Mejar Rosli dikurniakan pula seorang anak lelaki. Sewaktu Asmira sedang membuka syarikatnya sendiri Asmira mengalami dugaan hebat dalam fasa kedua hidupnya. Perkahwinan dengan Rosli turut mengalami kegagalan. Asmira yang terlalu berdikari tidak mengharapkan tanggungjawab dan kasih sayang daripada insan yang bernama lelaki. Setelah menghadapi dua kali penceraian Asmira tetap redha dengan keputusannya untuk memelihara anak-anaknya.

Kehidupan sebagai janda sememangnya penuh cabaran. Pelbagai peluang perniagaan terpaksa dilepaskan demi menjaga maruah diri. Kathy sahabat baiknya tetap menjadi pendengar setia dan banyak membantu Asmira dalam apa jua keadaan. Namun kehidupan harus diteruskan, Asmira bangkit memperjuangkan nasibnya demi mengangkat maruahnya serta mencapai cita-citanya dalam bidang perniagaan.

Setelah berusaha keras, segala penat lelahnya berhasil, Asmira bekerjasama dengan Kathy telah membuka pusat kecantikan dan spa serta memiliki beberapa buah cawangan perniagaan. Dalam pada itu, Asmira turut diminati oleh Zafril seorang usahawan muda yang kacak.

Zafril cuba untuk memikat Asmira, namun pintu hati Asmira tertutup rapat untuk menerima sebarang lelaki dalam hidupnya. Adakah Asmira akan memberi peluang kedua untuk menerima cinta jejaka muda dalam hidupnya ? Dengan kehadiran musuh lamanya Norma, Asmira tetap tidak boleh melupakan kisah silam tersebut dan lebih berhati-hati.

Namun apakah niat di sebalik kemunculan Norma ? Segala kesinambungan cerita mereka bakal dikongsikan dalam slot terbaharu BIDADARI pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 Pagi.