KICK-ASS 2




KICK-ASS 2
GENRE: Aksi / Komedi / Superhero
MULA TAYANGAN: 29 Ogos 2013
PENGARAH: Jeff Wadlow
PELAKON: Aaron Taylor-Johnson, Chloƫ Grace Moretz, Christopher Mintz-Plasse, Jim Carrey, Donald Faison, Robert Emms, Lindy Booth, Daniel Kaluuya, Clark Duke, Augustus Prew, Olga Kurkulina




SINOPSIS KICK-ASS 2
Kali terakhir kita melihat pembunuh muda, Hit Girl dan Kick-Ass, mereka cuba menjalani hidup sebagai remaja normal yang bernama Mindy dan Dave. Dave tidak pasti apa yang hendak dibuat apabila upacara pengijazahannya semakin menghampiri.

Atas sebab itu, dia mengambil keputusan untuk memulakan kumpulan wira pertama di dunia dengan Mindy. Malang tidak berbau apabila Mindy ditangkap sewaktu menyelinap keluar sebagai Hit Girl dan dia dipaksa berundur dari dunia wira.


Lebih menyedihkan lagi, Mindy terpaksa berdepan dengan dunia berbeza dan menakutkan, iaitu di sekolah tinggi di mana dia menjadi mangsa buli. Dave tidak mempunyai sesiapa untuk membentuk kumpulan wira kecuali Justice Forever, iaitu kumpulan yang diketuai seorang bekas samseng bernama Colonel Stars and Stripes.

Apabila mereka mula membawa perubahan, penjahat pertama dunia, 'The Mother F%&*^r', membina kumpulan penjenayah sendiri dan memulakan rancangan membalas dendam terhadap Kick-Ass dan Hit Girl.

'The Mother F%&*^r' mempunyai dendam mendalam terhadap Kick-Ass dan Hit Girl kerana ayahnya ditewaskan mereka berdua. Namun, terdapat satu sahaja masalah dalam rancangan membalas dendamnya: Jika seseorang mencari masalah dengan ahli Justice Forever, dia mencari masalah dengan semua ahlinya.