MALAVITA

MALAVITA
TAYANGAN: 19 Sep 2013
GENRE:Action / Drama
DURASI: 120 minutes
PENGACARA :Luc Besson
PELAKON :Robert De Niro, Michelle Pfeiffer, Tommy Lee Jones, Dianna Agron



SINOPSIS MALAVITA
Malavita adalah sebuah filem mengisahkan tentang ketua mafia dan keluarganya yang baru berpindah ke sebuah bandar di Perancis dan diawasi pihak berkuasa menerusi Program Perlindungan Saksi.

Meskipun Agen Stansfield (Tommy Lee Jones) cuba mengawal tingkah laku Fred Blake (Robert De Niro), isterinya Maggie (Michelle Pfeiffer) serta anak-anak mereka, Belle (Dianna Agron) dan Warren (John D’Leo), namun kesemua mereka nampaknya tidak mampu berkelakuan baik.

Akibat sudah terbiasa dengan kehidupan mafia, Fred sekeluarga tetap menggunakan kekerasan dan masih melakukan jenayah setiap kali berhadapan dengan masalah di kawasan tempat tinggal mereka.


Keadaan menjadi semakin parah apabila terdapat kumpulan gangster lain yang cuba mencari keluarga Fred di penempatan baru itu. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah mereka ingin membalas dendam pada keluarga Fred?


Kalau nak tahu apa yang terjadi, jom sertai peraduan yang dianjurkan oleh OHBULAN! bersama Golden Screen Cinemas (GSC) di bawah ini untuk memenangi pas eksklusif ke majlis tayangan premier Malavita pada 18 September 2013.