PENGHUJUNG DENDAM

PENGHUJUNG DENDAM
PELAKON: Sharifah Sakinah, Aidil Aziz, Amyza Adnan, Dilla Ahmad, Jannah Nick, Mazlan.
TARIKH : AKAN DATANG
JUMLAH EPISOD: 13 episod



SINOPSIS PENGHUJUNG DENDAM

Penghujung Dendam mengisahkan mengenai Intan (Sharifah Sakinah) yang trauma kerana menjadi mangsa rogol. Dia ditarik masuk ke dalam van ketika pulang dari sekolah dan menjadi mangsa rogol tiga lelaki bertopeng. Sejak kejadian itu, dia mendendami setiap lelaki.

Pada waktu sama berlaku banyak kes bunuh di tempat tinggalnya. Intan berada dalam keadaan bahaya kerana masih menjadi buruan penjahat yang pernah merogolnya. Namun, dia bernasib baik kerana terselamat daripada mereka.

Abangnya Haikal yang tahu mengenai kes ini mencari-cari siapakah pihak yang bertanggungjawab merogol adiknya. Ricky pula melahirkan simpati pada Haikal dan berjanji akan sama-sama mencari mereka yang terbabit. Malam itu kerana terlalu tertekan, Haikal menumpang bermalam di rumah Ricky di kawasan perumahan flat yang sama.

Dia menyalahkan dirinya kerana gagal menjemput Intan di sekolah sehingga menyebabkan adiknya menjadi mangsa. Kawan Intan, Aisyah juga berada di sisinya ketika Intan direntap masuk ke dalam van, tetapi dia gagal berbuat apa-apa untuk menyelamatkan kawannya ini.

Aisyah juga menjadi murung dengan apa yang berlaku pada Intan. Dia kesal kerana tidak sempat menyelamat Intan. Aisyah sepanjang masa menemani Intan di hospital sehinggalah dia dibenar keluar. Peristiwa ini bukan sahaja menjadi trauma pada Intan, malah Haikal sendiri menjadi trauma.

Perubahan sikap Haikal begitu ketara sekali sehingga pernah berlaku beberapa kali, dia bergaduh dengan seorang lelaki apabila melihat lelaki itu memukul pasangannya. Dia juga memarahi beberapa orang gadis yang menunggu di perhentian bas bersendirian. Sikapnya ini tidak disenangi oleh jiran-jiran mereka, kerana menegur dan marah pada anak-anak jiran.