THE MOON THAT EMBRACES THE SUN




THE MOON THAT EMBRACES THE SUN
TAJUK DRAMA: The Moon Embracing the Sun / The Sun and the Moon / Haereul Poomeun Dal
TAGLINE: Don’t come close! But don’t go far…
GENRE: Romance, fantasy, period
JUMLAH EPISODE: 20
DRAMA TAHUN: 2012
ULASAN: http://liailnia.blogspot.com




SINOPSIS THE MOON THAT EMBRACES THE SUN
Darama ini di adaptasi dari sebuah novel dan cerita ni berkaitan dengan zaman Korea dahulu kala, Ia mengisahkan percintaan Putera Mahkota, Lee Hwon dan Yeon Woo yang terhenti separuh jalan kerana Yeon Woo meninggal dunia. Yeon Woo telah di sihir oleh nenek putera mahkota kerana tidak menginginkannya menjadi isteri kepada putera mahkota dan merangkap gelaran permaisuri.

Tetapi dia dihidupkan kembali oleh penyihir yang menyihirnya itu kerana terikat kepada amanah sahabat baiknya yang menyuruhnya menjaga Yeon Woo daripada sebarang bahaya. Kebangkitan Yeon Woo dari kematian tidak diketahui oleh sesiapa kecualilah orang suruhannya yang bernama Seol dan penyihir itu sendiri.


Selepas bangkit dari kematian Yeon Woo tidak mengingati kisah silamnya kerana trauma yang dialaminya. Cerita ini juga mengisahkan perebutan kuasa antara menteri dan Maharaja.

Jadi kena tengok drama ini jikalau nak tahu kisah lengkapnya. Adakan Yeon Woo akan sedar dari traumanya, jikalau sedar adakah dia akan membalas dendam keatas orang yang bertanggung jawab atas 'kematiannya' itu? Apa akan jadi pada maharaja apabila menteri2 nya memberontak? Terlalu banyak persoalan.