• This is Slide 1 Title

    This is slide 1 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 2 Title

    This is slide 2 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

JANJI ADAM (1 - 20 TAMAT)




JANJI ADAM (TV3)
SLOT: Azalea
HARI: Setiap Isnin-Khamis
MASA: 4 Petang
MULA TAYANGAN: SEPTEMBER 2013
PELAKON : Elfaeza Ul Haq, Zoey Rahman, Zul Arifin, Zarina Zainordin dan ramai lagi
JUMLAH EPISODE:
MENGGANTIKAN DRAMA : Derhaka Seorang Madu (tv3)





DOWNLOAD JANJI ADAM
Janji Adam Episod 01 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 02 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 03 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 04 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 05 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 06 = DOWNLOAD 2/10
Janji Adam Episod 07 = DOWNLOAD 3/10
Janji Adam Episod 08 = DOWNLOAD-new 7/10
Janji Adam Episod 09 = DOWNLOAD 8/10
Janji Adam Episod 10 = DOWNLOAD 9/10
Janji Adam Episod 11 = DOWNLOAD 10/10
Janji Adam Episod 12 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 13 = DOWNLOAD
Janji Adam Episod 14 = DOWNLOAD 21/10
Janji Adam Episod 15 = DOWNLOAD 22/10
Janji Adam Episod 16 = DOWNLOAD 23/10
Janji Adam Episod 17 = DOWNLOAD 24/10
Janji Adam Episod 18 = DOWNLOAD 28/10
Janji Adam Episod 19 = DOWNLOAD 29/10
Janji Adam Episod 20 (TAMAT) = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar




SINOPSIS JANJI ADAM (TV3)

Dua puluh tahun yang lalu, ibu Adam terpaksa memberikan dua adik kepada jiran tetangga, Seorang perempuan dan seorang lelaki. Ini adalah kerana kemiskinan mereka dan kerana sejak kematian ayah mereka, mereka hidup melarat dalam kesusahan.

Semenjak dari hari itu,Adam hidup berdua dengan ibunya. Adam berjanji akan mencari kembali adik-adiknya pada suatu hari nanti dan akan menyatukan mereka kembali sebagai satu keluarga.

Dua puluh tahun kemudian, Adam kini memulakan misinya dalam mencari adik-adiknya hanya dengan maklumat yang terakhir yang ada dalam simpanannya. Mereka terputus hubungan selama bertahun-tahun lamanya....

Sewaktu Adam masih berumur 9 tahun, ayahnya, Zahari mati terbunuh kerana Jeff mengesyaki Zahari mempunyai hubungan sulit dengan teman wanitanya Laili yang juga merupakan pelanggan tetap teksinya.


Sebenarnya, sebagai seorang ayah, Zahari begitu tertib dalam mendidik anak-anaknya, terutama anak sulungnya, Adam. Zahari mahu memastikan Adam membesar sebagai seorang lelaki yang baik dan penuh dengan ciri-ciri tanggungjawab dalam dirinya supaya menjadi teladan baik kepada adik-adiknya, Asfar (7 tahun) dan Raihana (1 tahun).

Adam pula menjadikan ayahnya sebagai idola. Sebelum tragedi tersebut berlaku, Zahari sempat menitipkan satu amanat untuk menjaga ibu dan adik-adiknya sekiranya berlaku sesuatu kepadanya. Justeru, selepas ketiadaan Zahari sebagai tunggak keluarga, sebagai anak sulung, Adam sanggup mengharungi kesusahan bersama ibunya, terutama dalam menyelesaikan kemelut masalah arwah ayahnya. Asfar dan Raihana telah diserahkan kepada keluarga angkat. Adam juga berjanji dengan Zainab bahawa suatu hari nanti, dia akan membawa pulang Asfar dan Raihana.

Selepas 20 tahun, Adam telah bekerja sebagai seorang Illustrator dan tidak pernah melepaskan sebarang maklumat untuk menjejaki Asfar dan Raihana. Usaha Adam untuk mencari Raihana telah menemukannya dengan Asyhah, seorang penulis novel yang merupakan anak kepada pemilik syarikat penerbitan, Tuan Zaidi. Apa yang tidak dijangkakan ialah abang angkat kepada Ayshah, Asfar sebenarnya merupakan adik kandung Adam yang dicari-carikan selama ini. Asfar yang terasa terhutang budi kepada Tuan Zaidi dan Puan Yuhanis yang telah mendidiknya sejak kecil sehingga menjadi seorang yang berjaya tidak sampai hati melukakan hati keluarga angkatnya.

Ayshah tertarik dengan sikap lurus Adam dan kecekalannya yang tidak pernah berputus asa untuk mencari adik-adiknya. Justeru, Ayshah menawarkan bantuan untuk menolong Adam dan mereka sering berjumpa. Lama-kelamaan, Adam terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Ayshah. Keletah Ayshah yang gemar mengusik sering membuatkannya terhibur. Mereka mula menyulam kasih menerusi pertukaran puisi. Namun, Adam masih belum bersedia untuk meluahkan perasaannya terhadap Ayshah kerana mahu fokus kepada pencarian adik-adiknya.

Pertemuan Adam dengan adik perempuannya Raihana menerima tamparan yang hebat apabila Raihana secara terang memberitahu dia tidak akan kembali kepada Zainab yang sanggup membuangnya pada waktu kecil. Adam hanya mampu pulang ke kampung dengan hampa kerana Zainab semakin tenat.
Ayshah mula meragui identiti sebenar Asfar namun ayahnya, Tuan Zaidi membidas persoalannya dan telah mengarahkannya supaya menjauhkan diri daripada Adam. Ayshah yang kecewa dengan sikap degil ayahnya telah melarikan diri ke kampung Adam. Di sana, Ayshah membuat keputusan yang mengejutkan untuk menyamar sebagai Raihana kerana melihat keadaan Zainab yang sedang tenat. Kebaikan Ayshah disalah ertikan oleh Zainab apabila Raihana balik ke kampung.

Namun, mereka tidak menyangka penantian selama 20 tahun ini menuntut sebuah pengorbanan yang besar. Apakah yang akan berlaku pada Adam dan keluarganya? Bagaimana pula dengan kisah selanjutnya bagi cinta Adam dan Ayshah?

Saksikan drama bersiri baru, Janji Adam menerusi slot Azalea di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang mulai 24 September 2013, semestinya di TV3!

BABY BLUES



BABY BLUES
GENRE: Ngeri / Seram
MULA TAYANGAN: 31 Oktober 2013
PENGARAH: Leong Po-Chih
PELAKON : Raymond Lam Fung, Karena Ng, Kate Tsui, Lo Hoi-pang



SINOPSIS BABY BLUES
Apabila satu pasangan muda berpindah ke rumah baru, mereka menjumpai sebuah patung misteri yang mengubah hidup mereka. Tidak lama kemudian, Suet Ching hamil dengan anak kembar tetapi suaminya, Yip Tou asyik balik lewat malam kerana kerja.

Suet Ching terjatuh dan akhirnya hanya melahirkan anak tunggal. Akibatnya, Suet Ching mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan dan sikap aneh.

SUNGKYUNKWAN SCANDAL (NTV7)



SUNGKYUNKWAN SCANDAL (NTV7)
MULAI: 23 Oktober (Rabu)
HARI: setiap hari Isnin hingga Jumaat
MASA: 12.00 tengah hari.
PELAKON: Sungkyunkwan Scandal: Park Min Young, Park Yoo Chun, Yoo Ah In dan Song Joong Ki



SINOPSIS SUNGKYUNKWAN SCANDAL (NTV7)
Sungkyunkwan Scandal mengisahkan seorang gadis pintar, Kim Yoon Hee lakonan Park Min Young yang terpaksa memikul tanggungjawab besar menanggung perbelanjaan seluruh keluarganya.


Yakin terhadap sistem pendidikan mampu mengubah nasib hidupnya, Yoon Hee mengambil peluang menyamar diri sebagai pelajar lelaki dan melanjutkan pengajian sebagai salah seorang pelajar Sungkyunkwan.

Apatah lagi, demi tanggungjawab pada keluarga yang dipikul selepas kematian bapa, Yoon Hee nekad mahu menggantikan adik lelakinya yang sakit dengan berusaha menyertai Sungkyunkwan.


Sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi yang hanya membenarkan pelajar lelaki mengambil peperiksaan, penggambaran Sungkyunkwan Scandal dihasilkan berlatar belakang era Dinasti Joseon.



Zaman itu, golongan wanita tidak diiktiraf dalam bidang pendidikan mahupun pekerjaan. Justeru, secara tidak langsung peranan wanita boleh dianggap ditindas sewenang-wenangnya.

Bagaimanapun, bersandarkan kebijaksanaan dimiliki, Yoon Hee berusaha menjual kertas jawapan peperiksaan kepada bakal pelajar Sungkyunkwan.


Namun dia tersalah langkah apabila bertemu Lee Soon Joon (Park Yoo Chun) yang cuba menangkapnya kerana tindakan tidak bermoral itu.

Namun, walaupun tindakan Yoon Hee itu menyalahi undang-undang, menyedari bakat dimilikinya membuatkan Soon Joon pula berusaha memujuk Yoon Hee untuk menyertai Sungkyunkwan tanpa menyedari dia adalah wanita.

Terus menjadi sahabat baik, ia tetap tak mampu menghindar perasaan cinta yang hadir dalam hati mereka. Pun begitu, demi membantu menyembunyikan identiti Yoon Hee, ia memaksa Soon Joon memendam perasaan.

Sebagai jejaka daripada keluarga berada, Soon Joon yang berwajah tampan juga bersikap angkuh. Bahkan selain itu diketengahkan juga kisah Yoo Hee melayani kerenah rakan-rakan lelakinya yang tersendiri seperti Gu Yong Ha (Song Joong Ki) yang sering terbabit dengan pelbagai masalah.

Malah, Yoon Hee juga terpaksa berhadapan dengan tingkah laku rakan sebilik yang beremosi, Moon Jae Shin (Yoo Ah In). Walaupun sering berbeza pendapat, persahabatan mereka berempat tetap erat terjalin.

Terus mewarnai plot kisah kehidupan empat empat sekawan yang bersungguh-sungguh mengejar cita-cita masing-masing di Sungkyunkwan, dimuatkan juga elemen cinta yang lucu dan mencuit hati.

AWANG SENANDUNG (DOWNLOAD)

AWANG SENANDUNG (TV9)
MULAI: 28hb Oktober 2013
MASA: 8.30 Malam
PELAKON: Hairul Azreen,Wan Sharmila, Kaza, Bell Ngansri,Achey, Titan




DOWNLOAD AWANG SENANDUNG
ZIPPYSHARE = PART1, - PART2
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS AWANG SENANDUNG (TV9)
Mengisahkan Awang yang sering mengejek kawannya yang berkulit gelap hinggalah suatu hari,kulit Awang yang cerah bertukar gelap seperti kawannya.

THOR - THE DARK WORLD




THOR - THE DARK WORLD
PENGARAH: Alan Taylor
MULA TAYANGAN: 31 Oktober 2013
PELAKON: Chris Hemswoth dan Natalie Portman, Tom Hiddleston, Stellan Skarsgard, Idris Elba, Christopher Eccleston dan ramai lagi.





SINOPSIS THOR - THE DARK WORLD
Konflik filem ini bermula apabila munculnya sekumpulan kaum diketuai oleh Malekith yang tinggal di Svartalfheim, salah sebuah planet selain Asgard yang diduduki oleh Thor berserta tujuh planet yang lain.


Selepas melancarkan peperangan dengan Nine Realms dan dikalahkan oleh Asgard, kaum ini disangkakan telah pupus. Namun, Malekith sebenarnya telah menghibernasi keseluruhan planet selama beribu tahun sehinggalah dia bersedia untuk mengambil alih semula pemerintahan alam semesta.

Menerusi sekuel terbaru ini, penonton dapat melihat pengorbanan yang dilakukan oleh Thor (Chris Hemsworth) dalam peperangan menghapuskan Malekith dan sekaligus menemukannya semula dengan Jane Foster (Natalie Portman).

Thor berjuang untuk menyelamatkan kesemua Nine Realms dari musuh bermisteri yang lebih tua dari alam semesta sendiri. Suatu kaum yang tidak dikenali dan diketuai Malekith ingin membalas dendam dan menggelapkan alam semesta. Apabila berdepan dengan musuh yang tidak boleh ditewaskan Odin dan Asgard, Thor mesti bersatu semula dengan Jane Foster. Dia harus mengembara dalam satu misi berbahaya yang akan memaksanya membuat pengorbanan mutlak.

ODD THOMAS



ODD THOMAS
GENRE: Ngeri
MULA TAYANGAN: 24 Oktober 2013
PENGARAH: Stephen SommersPELAKON: Anton Yelchin, Willem Dafoe



SINOPSIS ODD THOMAS
"Odd Thomas" ialah sebuah filem thriller berdasarkan novel dengan nama sama yang ditulis oleh Dean Koontz. Pengarah Stephen Sommers juga memainkan peranan sebagai penerbit bersama Howard Kaplan dan John Baldecchi dari 'Fusion Films'. Kisah filem ini bermula di sebuah pekan gurun di California. Seorang tukang masak dengan kebolehan ramalan bertemu seorang lelaki misteri yang mempunyai kaitan dengan ancaman kuasa jahat.



MEGA SPIDER




MEGA SPIDER
GENRE: Fiksyen Sains
MULA TAYANGAN: 24 Oktober 2013
PENGARAH: Mike Mendez
PELAKON: Greg Grunberg, Ray Wise, Clare Kramer, Lombardo Boyar





SINOPSIS MEGA SPIDER
Filem arahan Mike Mendez ini mengisahkan tentang mutasi labah-labah gergasi yang terlepas dari makmal tenterta telah menyerang bandar Los Angeles. Ia turut mempunyai keupayaan untuk hilang melalui penyamaran. Untuk mengalahkan labah-labah ini, pihak tentera harus bekerjasama dengan pihak berkuasa lain dan mencari jalan penyelesaian.





TOM YUM GOONG 2





TOM YUM GOONG 2
GENRE: Aksi
MULA TAYANGAN: 24 Oktober 2013
PENGARAH: Prachya Pinkaew
PELAKON: Tony Jaa, Petchtai Wongkamlao, Marrese Crump






SINOPSIS TOM YUM GOONG 2
Sekuel daripada "Tom Yum Goong" yang dibintangi oleh Tony Jaa sebagai Kham. Kham merupakan waris terakhir daripada keluarga pengawal menjaga gajah perang Raja Thailand.

Secara tradisinya, hanya gajah yang paling sempurna dapat mengekalkan takhta dan mereka akan dijaga dengan sebaiknya. Selepas berusaha untuk mendapatkan gajah dan anak lembu, Kohrn, Kham kembali ke kampung untuk hidup dengan aman.

Tetapi bagi seseorang yang handal dalam seni mempertahankan diri seperti Kham, keamanan hanyalah satu angan-angan.



SPECIAL ID




SPECIAL ID
GENRE: Aksi / Jenayah
MULA TAYANGAN: 18 Oktober 2013
PENGARAH: Clarence Fok
PELAKON: Donnie Yen, Tian Jing, Andy On, Zhang Hanyu, Ronald Cheng, Collin Chou, Paw Hee-ching






SINOPSIS SPECIAL ID
Donnie Yen memegang watak sebagai Zilong Chen, seorang pegawai polis yang menyamar dan mejadi sebahagian daripada salah sebuah kumpulan gangster paling kejam di China.




Bagi ketua kumpulan, Xiong, keutamaan mereka adalah menghapuskan pegawai kerajaan yang terlibat dalam menjaga keamanan negara. Berusaha untuk menyelamatkan keluarga dan menyembunyikan identitinya daripada terbongkar, Chen terpaksa mengambil risiko dalam tugasan merbahaya ini dan melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya sebelum terlambat.