ABU (TV2)

ABU (TV2)
TAYANGAN: Hari raya
PELAKON: Syatilla Melvin dan Ryzal Jaafar





SINOPSIS ABU (TV2)
Cerita bermula apabila UMAR(23 tahun) pemuda gagap sedang menyangkung di dalam rumah yang sudah rentung terbakar, berhari hari menguis-nguis tanah hitam dengan jari mencari sebentuk cincin belah rotan. Dan peristiwa lima bulan sebelum pun diceritakan. UMAR pemuda baik tinggal dengan ibu, SAADAH, baru dapat kerja di ladang lembu DATO’ SADLI setelah 2 tahun menganggur.

UMAR menjadi usikan budak kampung dan kesan dosa arwah ayahnya pernah merogol seorang pelajar terpalit kekal kepada UMAR dan SAADAH namun tiada benci di hati UMAR. Dia faham, ayah sudah berbuat salah dan menerima hukuman dan telah pun insaf. Tetapi masyarakat tidak. Hanya kedatangan DATO’SADLI, memberi harapan baru UMAR. DATO’SADLI usahawan berjaya terima UMAR seadanya walaupun tahu kisah.


UMAR perlu lalu satu persatu gangguan masyarakat setempat dan SAADAH begitu dominan memahamkan supaya anaknya harus kuat, hidup kerana Allah. DATO’SADLI mempunyai anak perempuan tunggal bernama HANNA(23) baru tamat universiti. Isterinya sudah meninggal dunia. HANNA senang dengan UMAR. UMAR yang takut dekati HANNA kerana selama ini pun semua gadis menjauhkan diri daripadanya.

Yang menarik perhatian HANNA terhadap UMAR, melihat cara UMAR membakar sampah setiap petang. UMAR mengumpul sampah dengan cermat, setelah dibakar semua abu, UMAR mengadap himpunan abu dan berdoa buat segala unsur alam yang dibakar itu, kerana semuanya pernah berguna buat semua.

HANNA ingin tahu, ingin kenali UMAR. Apabila dia kenal pula dengan SAADAH dan mengetahui kisah silam mereka, HANNA bersimpati. HANNA kecewa dengan sikap kebanyakkan penduduk kampung seperti FAUZI (35) terus menekan UMAR dengan pelbagai tohmahan walaupun UMAR tidak pernah melakukan kesalahan. HANNA tidak hiraukan, dia jatuh cinta dengan UMAR dan memberitahu ayahnya dia dan berkahwin selepas hari raya Aidiladha. SAADAH memberikan cincin perkahwinannya kepada UMAR untuk diberikan kepada HANNA semasa bernikah nanti. UMAR meminta ibunya jagakan buat sementara cincin itu.

Berita itu mengubah persepsi penduduk kampung sedikit demi sedikit, hanya dendam FAUZI yang dahulunya adik dialah yang dirogol ayah UMAR tidak padam. Suatu malam, segala persiapan pernikahan sudah dibuat. SAADAH kurang sihat HANNA menemani. Semasa UMAR mengerjakan solat di masjid, rumah UMAR terbakar. SAADAH dan HANNA mahu keluar tetapi pintu dikunci daripada luar. Kejadian ini turut membawa simpati semua.

Seperti awal babak drama, UMAR menguis-nguis tanah sudah menjadi abu hitam, mencari. Berhari-hari, dalam pada itu terbongkar siapa yang membakar, semua sangka FAUZI rupanya adik FAUZI iaitu FARIZA mangsa rogol dahulu yang sudah balik ke kampung melakukannya. FAUZI yang datang mohon maaf kerana tindakan itu amat kejam, dia walau benci UMAR tetapi tidak tergamak sehingga ke tahap itu. UMAR dengan pedih, memaafkan.

Dan kali akhir di pagi Aidiladha dia mencari lagi cincin dan dia bertemu juga cincin ibu. Barulah dia menadah tangan berdoa buat segala abu yang ada di situ termasuk semangat abu arwah ibu dan kekasih hatinya HANNA. Dia redha akan segalanya. UMAR beredar dari tenang menuju ke arah masjid di mana berkumandang suara takbir raya dan apabila dia memasuki kawasan masjid dari jauh kita nampak semua jemaah yang bertemunya menerima UMAR dengan baik akhirnya.