BALADA PENCINTA

BALADA PENCINTA
GENRE: Drama / Romantik
MULA TAYANGAN: 24 Oktober 2013
PENGARAH: Khir Rahman
PELAKON: Johan Asari, Siti Saleha, Sein Ruffedge




SINOPSIS BALADA PENCINTA
Amir lewat 20an, kini ingin memulakan hidup baru. Dia menggunakan bakat bermain gitar yang ada pada dirinya untuk menutup kisah silamnya sebagai gangster, sehingga mengabaikan ibu dan adiknya dikampung.

Kesedaran dan kisah ini bermula apabila ibunya menghembuskan nafas yang terakhir. Amir memulakan hidupnya sebagai pemain gitar jalanan sebagai permulaan dan menumpang dirumah kawan baiknya, Majib.

Sejak memulakan hidup sebagai pemain gitar jalanan, Amir telah ditemukan dengan seorang gadis cantik dan sgt kaya bernama Aisyah. Aisyah sebenarnya hanyalah ingin merasa nikmay hidup bercinta bersama lelaki yang menjdai pilihannya.

Dulu dia mempunyai seorang teman lelaki mirip Amir, namun lelaki itu akhirnya menunggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Disatu pengakhiran kisah, berlaku satu pergaduhan besar antara Amir yang ditolong oleh kawan-kawan gangsternya yang lama dengan Boy (tunangan Aisyah) bersama kuncu-kuncunya.

Kisah ini ditutup dengan Amir bahagia bersama Aisyah, Ayu bersama Saiful manakala Boy ditahan oleh pihak berkuasa.