KAMI HISTERIA




KAMI HISTERIA
PELAKON: Diana Danielle, Mila, Fazura, Nad Zainal, Sara Ali, Izzue Islam, Afdlin Shauki
PENGARAH: Shamyl Othman
GRENE: Feature Film, Comedy, Horror
DURASI : 90 min
TARIKH TAYANGAN: 6 February 2014





SINOPSIS KAMI HISTERIA

Kami Histeria mengisahkan 5 orang gadis remaja: Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama "Kami Histeria". Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu.

Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut. Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah di muat naik ke YouTube.

Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit dia akan menuntut sesuatu dari mereka.

Setelah lagu mereka menjadi hit, Cik Lang menuntut mereka membawa Afdlin Shauki ke rumahnya. Mereka berjaya menculik Afdlin Shauki dan membawanya ke rumah Cik Lang.

Semasa menentang Langsuir tersebut, mereka berjaya mengalahkan Cik Lang dan menyelamatkan Afdlin Shauki. Di Akhir cerita sewaktu Afdlin Shauki sedang membuat rakaman video, pelakon wanita Fazura masuk ke set dengan pakaian kebaya. Semua yang ada tidak sedar yang Cik Lang telah menyelinap masuk ke set penggambaran mereka dengan menyerupai Fazura.